Wednesday, September 9, 2015

‘Otai Reformasi’ ikrar halang ‘baju merah’ cederakan Cina pada 16 September

pilihanraya kini     2:46 PM    



Aktivis gerakan Reformasi tahun 1998 yang menggelarkan diri mereka "Otai Reformasi" hari ini berikrar menghalang mana-mana peserta Himpunan Maruah Melayu pada 16 September ini daripada bertindak mencederakan kaum Cina di Jalan Petaling dan Bukit Bintang.

Jurucakap kumpulan itu, Abdul Razak Ismail berkata anggota mereka seramai kira-kira 500 orang akan melakukan tangkapan rakyat (citizen arrest) terhadap mana-mana peserta himpunan itu jika mereka bertindak melakukan provokasi.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana pihak polis setakat ini kelihatan tidak benar-benar serius menghalang himpunan itu yang dilihat mempunyai unsur provokasi perkauman.

"Kami akan bertindak melakukan citizen arrest jika kumpulan ini melakukan jenayah.

"Jadi, kita minta rakan-rakan Cina di Petaling Street percaya pada kita," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi ini.

Himpunan Maruah Melayu yang juga dikenali sebagai "kumpulan baju merah" akan turun berhimpun pada 16 September ini bagi membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasi himpunan itu akan berlangsung, iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga kaum Cina.

Menurut Razak, mereka sudah menghubungi pemimpin setempat di 2 kawasan itu bagi memperhalusi gerak kerja serta memudahkan kerja membezakan di antara "kumpulan baju merah" dan "Otai Reformasi".

Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu daripada menyertai Himpunan Maruah Melayu.

Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya.

"Ia dianjurkan pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno.

"Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya pada sidang media di Perdana Putra di Putrajaya semalam.

Sementara itu, satu lagi pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Permuafakatan Perkampungan Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) mahu menganjurkan acara solat hajat pada masa sama Himpunan Maruah Melayu berlangsung.

Pengerusi Muafakat, Ishak Surin berkata himpunan itu tidak mewakili orang Melayu yang cintakan keamanan dan mahu melihat Malaysia selamat daripada sebarang malapetaka.

"Kami mahu adakan solat hajat supaya Malaysia ini selamat daripada musibah. Umat Islam memohon Malaysia ini dihindarkan dari pada segala malapetaka.

"Kami juga mengharapkan ia akan diadakan di seluruh negara dan saya mohon wartawan sama-sama memohon kepada Tuhan agar disingkirkan puak jahat ini," katanya sewaktu bercakap pada sidang media sama dengan "Otai Reformasi". – 9 September, 2015.


3 comments :

berapa kilo or kati tahik babi dah ko makan...wahai penjilat jubor BABI..????
di mana maruah ko sebagai org Islam yg berbangsa Melayu.....???
selama ini mereka menghina dan meperlekeh lekeh kan maruah Melayu & Islam....adakah ko masih ingin ber toleransi lagi...???

Anonymous said...

apa pendirian dia orang ni? time Melayu nak adakan demonstrasi mereka sebok ingin menghalang tapi semasa baju kuningbersih 4 bermaharajalela tempoh hari dimana mereka dan kenapa senyap tak ada apa2 tindakan? Dasar pengkhianat bangsa..........

Anonymous said...

Ini melayu wakil cinapig..kasi ranap

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.