Tuesday, September 8, 2015

Sambutan Kepulangan Tun Esok

pilihanraya kini     10:09 AM    



Satu sambutan dirancang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang esok untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari luar negeri.

Jemputan untuk menghadiri 'sambutan' itu disebarkan dalam talian melalui Facebook. Jemputan itu meminta mereka yang berhasrat untuk menyertainya supaya datang mulai jam 12.30 tengahari.

"Jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta, merdeka bersama Tun. Rakyat bersama Tun M, selamatkan Malaysia," tulis jemputan itu yang tidak meletakkan nama penganjurnya.

Seorang blogger, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysiakinibahawa sambutan itu diadakan secara ad hoc tanpa jawatankuasa penganjur rasmi.

"Benda ni ad-hoc, tiada jawatankuasa formal. Tapi memang akan ada.

"Tun (akan) balik dari Jordan dan merata tempat di Eropah termasuk dari pusat (kenderaan) Lotus di Norwich, United Kingdom," katanya.

Polis akan soal siasat Dr M

Mahathir telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau muncul semasa perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang antara lain menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti bersama rakyat yang mahu Najib berundur.

Selepas perhimpunan hujung minggu itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mahathir akan disiasat berhubung kehadirannya di perhimpunan BERSIH itu.

Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, mengenai fitnah jenayah bagi kenyataan beliau yang dibuat semasa kunjungan ke perhimpunan tersebut.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.