Wednesday, September 9, 2015

" Tangkaplah..Saya Ok.. " - Tun Mahathir

pilihanraya kini     3:47 PM    



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menangkapnya sekiranya mereka mahu menyoal siasat beliau berhubung penyertaannya dan ucapannya dalam demonstrasi Bersih 4 yang berlangsung hujung bulan lalu di ibu negara.

"Itu hak dia orang...tangkaplah, apa nak kerjasama pula," katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut sekitar hampir 100 penyokongnya sejurus beliau tiba dari Republik Czezh sekitar jam 11.15 pagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau akan memberi kerjasama sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat.

"Saya baca di surat khabar, sudah tentu saya akan pergi (ke balai polis).

"Bila polis panggil, kita kena pergi, itu caranya di Malaysia. Bila polis panggil untuk siasatan, kita harus pergi," katanya.

Dr Mahathir juga turut bersama-sama menyanyikan lagu “We are The World” yang pernah dipopularkan Michael Jackson dengan penyokongnya.

Beliau juga berkata, demonstrasi baju merah yang dijadual berlangsung pada 16 September depan tidak perlu diteruskan.

"Demonstrasi baju merah? Tak payahlah...kuning lawan merah macam di Bangkok.

"Ini kita punya masalah, selesaikanlah sendiri," katanya merujuk kepada konflik politik di Thailand.

Beliau juga dilihat enggan menerima t-shirt berwarna merah yang diserahkan penyokongnya.

Penyokong-penyokong Dr Mahathir turut dilihat memakai t-shirt berwarna merah tertera perkataan "undur Najib" yang dijual RM15 sehelai.

Turut kelihatan antara penyokong beliau yang hadir ialah Umi Hafilda Ali.

Pada 2 September, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Dr Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya di perhimpunan Bersih 4 itu.

"Kita akan panggil beliau. Tun (Dr Mahathir) membuat beberapa ucapan dan pelbagai tuduhan. Jadi, kita mahu tahu lebih lanjut apa yang dimaksudkan dan dari mana maklumat diperoleh.

"Contohnya, Tun membuat kenyataan ketua-ketua Umno Bahagian ada menerima rasuah. Jadi kita nak tahu lebih lanjut. Harap beliau beri kerjasama," Khalid dipetik berkata pada satu sidang media di Klang. – 9 September, 2015.


4 comments :

Anonymous said...

tangkap jelah khalid..tumpang ko masih ada kuasa..
yang masuk 2.6b tak pula dengar nak panggil ambil keterangan..

Anonymous said...

biar jer... let him end his life peacefully... bullshit old man ��

Hehe...seronoknyer tgok sandiwara masakini....

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.