Wednesday, November 11, 2015

Amanah Cuba Rampas Kelantan!

pilihanraya kini     3:05 PM    



SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas."Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.

Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya.-SH

2 comments :

Anonymous said...

Kuasa Allah SWT jua mengatasi segalanya... Dulu Ustaz Tuan Man mengatakan UMNO mahu menjatuhkan Islam sekarang PAN iaitu serpihan PAS mahu menentang PAS dalam PRU14... Allah jua sebaik-baik Perancang... Aamiin...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau terima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.