Wednesday, November 25, 2015

Ini Bukan Isu Timbalan Tidak Rasmi Mesyuarat Sayap

pilihanraya kini     10:29 AM    



KUALA LUMPUR: Mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan depan yang tidak akan dirasmikan timbalan presiden parti, bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan sehingga boleh menjejaskan parti.

Beberapa veteran Umno berpendapat polemik berterusan yang ditimbulkan sebelum ini hanya akan melemahkan parti terbesar orang Melayu itu terutama di peringkat akar umbi.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat, apa yang lebih utama adalah pucuk pimpinan di semua peringkat akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab sepenuh hati dan lebih serius dalam memperjuangkan matlamat parti.

"Soal perasmian adalah perkara kecil... yang penting mulai sekarang kerja-kerja di akar umbi dijalankan dengan komitmen dan serius. Sengketa antara pemimpin jangan menjadi punca Umno berpecah di akar umbi.

"Individu tidak penting... kerana individu akan datang dan pergi," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Rafidah berkata yang menjadi keutamaan sekarang adalah perjuangan anggota Umno untuk kepentingan parti, bukan untuk individu tertentu.

Beliau menegaskan, Umno perlu diperkukuhkan sekiranya mahu terus relevan dan meneraju negara.

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Sementara itu, bekas Anggota MT Tan Sri Syed Hamid Albar pula berkata keputusan itu bukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan parti meskipun hakikatnya ia menjadi amalan parti itu sebelum ini.

Beliau berkata perubahan sesuatu amalan dalam parti boleh berlaku sekiranya telah mendapat persetujuan termasuk daripada MT Umno.

"Jadi, apa sahaja amalan yang dipraktikkan selama ini tetapi kemudiannya mendapat persetujuan untuk merombak amalan itu, perkara itu bukan satu yang di luar kelaziman," kata Syed Hamid.

Beliau berkata keputusan baharu yang dibuat boleh mengatasi apa-apa sahaja ketetapan atau amalan selagi mana perkara itu tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

"Mungkin isu ini akan menjadi persoalan dan teka-teki dalam kalangan para pemerhati politik, tapi saya nampak persoalan itu pun telah dijawab oleh Presiden Umno," katanya.

Sementara itu, Datuk Abu Bakar Lajim berkata mana-mana individu tidak harus beremosi dengan keputusan yang diambil oleh MT Umno itu.

"Perubahan ini dilakukan oleh presiden parti mengikut kehendak ramai dan keputusan yang ditetapkan pada hari ini sebenarnya membuka peluang kepada ketua perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda kerana golongan muda ini yang akan memimpin parti pada kemudian hari.


"Dengan ini, pengikut setiap sayap akan dapat melihat kemampuan ketua mereka dalam membawa agenda-agenda parti kerana kini UMNO itu dipimpin oleh pucuk kepimpinan yang berpandangan jauh," katanya ketika dihubungi Bernama.


1 comments :

Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.