Tuesday, December 15, 2015

Hayati Salam Silaturahim Najib

pilihanraya kini     12:27 PM    



Semua pihak perlu menghayati salam silaturahim Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO sebagai simbolik bahawa perpaduan parti perlu berada pada tahap paling tinggi terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan berkata, salam yang dihulurkan Perdana Menteri itu bukan sahaja membuktikan jiwa besar pemimpin berkenaan tetapi kesungguhan beliau untuk mengukuhkan perpaduan parti.

Katanya, Perdana Menteri sudah membuka laluan ke arah penyatuan parti dengan sikap rendah diri beliau itu dan semangat itu wajar dihayati oleh semua pihak demi perpaduan parti.

“Perdana Menteri sudah bagi laluan untuk tujuan penyatuan, kepada kita perpaduan adalah langkah terbaik dalam parti kerana untuk hadapi PRU, perpaduan adalah keutamaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah serta Penyerahan Elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, kini terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyambut salam perpaduan daripada Perdana Menteri itu.

“Kita tunggulah maklum balas dan tindakan selanjutnya daripada pihak lain,” katanya.

Berucap pada majlis itu, Mahdzir mahu semua JKKK yang dilantik memainkan peranan dengan berfikiran di luar kotak demi kecemerlangan kawasan masing-masing.

Utusan

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.