Tuesday, December 15, 2015

Tuan Man Cenderung ke Anwar Perkara Biasa

pilihanraya kini     12:40 PM    

Ramai yang tidak bersetuju, malah tidak kurang pula yang beremosi dengan Tuan Ibrahim Tuan Man atas kenyataannya bahawa UMNO kekal menjadi musuh tradisi PAS atas prinsip syarak.

Penulis tidak terkejut dengan kenyataan tersebut. Malah, ia sebenarnya membenarkan apa yang selama ini terbuku di hati penulis, bahawa Tuan Ibrahim adalah mesra Anwarinas. Mungkin juga kita boleh dikategorikan beliau sebagai petai harumanis di dalam PAS.

Penulis masih ingat, bagaimana golongan ulamak PAS tewas untuk jawatan Timbalan Presiden pada 2011 kepada Mat Sabu. Suka atau tidak, pro ulamak harus menerima hakikat bahawa kekalahan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketika itu adalah atas faktor pecahnya undi pro ulamak, angkara Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada muktamar 2011 itu, Tuan Ibrahim yang sejak awal menyatakan tidak berminat untuk bertanding timbalan presiden, tiba-tiba mengubah keputusan menjelang dua hari tempoh akhir penerimaan pencalonan.

Itu menjadi titik penting dalam penguasaan pro Anwarinas yang akhirnya telah membuat kacau bilau di dalam PAS sehingga kita dapat menyaksikan bagaimana Hadi Awang diperlekeh, dikritik hebat serta diserang bertubi-tubi oleh PAS sendiri, tidak ketinggalan “abang long” mereka, DAP.

Tuan Ibrahim yang kononnya dalam golongan ulamak PAS, menjadi pemecah undi sekaligus memenangkan Mat Sabu. Apakah beliau benar-benar golongan ulamak PAS?

Dalam suasana perpaduan dan kerjasama yang sedang hangat diperkatakan kini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Tuan Ibrahim adalah pemimpin PAS yang lantang menyerang UMNO sejak menang jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang lalu berbanding pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Hilangnya Mat Sabu, penulis merasakan seolah-oleh sudah lahir Mat Sabu dari negeri Pahang Darul Makmur.

Apa yang hendak dihairankan jika dia terus-terusan melabel UMNO sebagai musuh tradisinya kerana prinsip syarak?

Mungkin beliau masih memegang kepada tahaluf siyasi Pakatan Rakyat yang meletakkan UMNO sebagai musuh utama, kerana pada bulan Oktober yang lalu beliau sendiri mendakwa Pakatan Rakyat masih hidup. Entah beliau sedar, atau buat-buat tidak sedar, bahawa tahaluf siyasi inilah yang menyaksikan bagaimana partinya sendiri menjadi kacau bilau sehingga lahirnya PAN.

Menyentuh soal prinsip syarak, bagaimana pula hukum hakamnya jika bertahaluf siyasi dengan golongan-golongan liberal, pluralisme dan pro LBGT?

Sangat mesra dengan golongan bukan Islam, tetapi sangat cukup keras sesama Islam, persis golongan khawarij!

Jika di antara kamu, lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat sunyi, maka akan ada pihak ketiga; syaitan. Jika di antara kamu, dua orang Islam yang ingin berdamai, maka percayalah syaitan turut hadir bagi menggagalkan perpaduan dan damai itu.

Jangan jadi tentera syaitan.

http://www.mykmu.net/2015/12/kecenderungan-anwarinas-oleh-tuan-ibrahim-tuan-man-bukanlah-baharu/

4 comments :

Anonymous said...

Dah boleh teka. Inilah orang parti surga yg sangat ego. Parti PAS tersangat kuat sehingga terpaksa dikurangkan power. Kalau tidak jadi macam empangan cameron highland di mana air tak dapat bertahan lagi.

Anonymous said...

sedara dekat dgn almarhum nik aziz, jadi tak pelik jika mulutnya dan pemikirannya hampir menyerupai bekas mursyidul pas tersebut.

Anonymous said...

Memang ternyata masih ada 2 orang yang jelas bersangah pendapat dan pandangan dengan TG Presiden .. tuan ibrahimn dan Iskandar dari sgor

kadang kala aku keliru nak panggil almarhum, alahyarham atau selayaknya di panggil mendiang !!

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak,JUNAIDI. Dari,MEDANG. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI SOLEH JAFFAR katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI SOLEH JAFFAR saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI SOLEH JAFFAR bagi yang berminat hubungi AKI SOLEH JAFFAR di nomor ini: 0853 7778 3331 atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih.

atau klik KLIK TOGEL LISTA MANIA

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.