Monday, February 29, 2016

104 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Pagi Ini

pilihanraya kini     10:47 AM    



Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan 8 malam tadi.

"Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga," katanya ketika dihubungi pagi Isnin.

Siti Huzaimah berkata tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

"Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

"Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga," katanya.

--BERNAMA

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.