Thursday, February 11, 2016

Dherbs : Ikhlas Ke Tidak Nak Taja Pasukan Bola?

pilihanraya kini     10:41 AM    




TINDAKAN pemilik syarikat kosmetik, D’Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memberi bermacam-macam alasan dan syarat kepada beberapa pasukan bolasepak dilihat sebagai langkah untuk menonjolkan diri dikala “demam menaja pasukan bola” viral namun pada masa yang sama menggunakan berbagai-bagai alasan bagi memastikan persetujuan tidak dicapai.

Dengan itu beliau akan terselamat daripada menaja dan dalam masa yang sama dapat meraih populariti secara percuma.

Kini keikhlasan Aliff Syukri mahu membantu pasukan bolasepak negara dipertikaikan. Sebelum ini beberapa buah negeri seperti Selangor dan Kedah menjadi sebutan sebagai pasukan Aliff Syukri. Namun syarat-syarat pelik dikatakan punca utama kegagalan rundingan mereka.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menolak tawaran tajaan Aliff Syukri kerana beberapa syarat “pelik” yang sukar ditunaikan. Memetik sumber dalaman FAS yang mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.

Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menaja The Red Warriors sebanyak RM16 juta bagi dua musim dan mengenakan 33 syarat tambahan, selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju mengecat stadium kepada warna merah jambu dan menukar nama pasukan itu.

Dalam perkara ini, keikhlasan dan kejujuran Datuk Vida tidak langsung dipertikaikan memandangkan beliau berusaha dengan gigih bagi memastikan rundingan tersebut berjaya. Malahan Datuk Vida telah pun menyalurkan dana kepada KAFA.

Beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants. Antaranya menukar warna jersi pasukan kepada hijau, pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak Gol” setiap kali gol dijaringkan, dan stadium dicat warna hijau, tetapi ianya telah dinafikan Aliff Syukri.

Kepada pasukan Kedah pula, Aliff Syukri menggunakan alasan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bukan lagi Menteri Besar Kedah. Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Mukhriz bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.

Krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini yang telah menyebabkan Mukhriz terpaksa mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA maka dengan itu Aliff Syukri menggunakan alasan tersebut untuk menarik diri dari menaja Kedah.



Aliff Syukri dilihat sekadar memberi alasan untuk menaja. Kita tahu bahawa tidak ada kena mengena dengan pertukaran presiden KAFA dan penajaan Kedah. Mungkin beliau “under estimate” tahap pemikiran rakyat Malaysia. Kita dapat membezakan antara ikhlas dan lakonan semata-mata.

Dalam instagram beliau menafikan isu tukar warna jersi.

Sumber : Pru14




8 comments :

Anonymous said...

ini bisness..taja berjuta2, bukan suka2, sudah tentu ada imbalannya.
Bukan derma anak yatim, tak payah nak syarat.

Nak tengok juga Presiden KAFA yg baru..minat bola ke? Ada visi ke..dll. Kalau asik mengantuk, satu sen pun tak nak taja.

Anonymous said...

Dah lah tak payah nak menuduh orang itu kaki tidur. Munafik guna gambar pilu kerana mengingati arwah emak yang telah tiada hangpa dok permain buat lawak bodoh. Apa jenis manusia.

Cermin diri hangpa dulu. Awat baguih sangat kah sampai permainkan orang macam tu. Jika iklas nak taja kenapa harus campur aduk dengan politik. Siapa yang perintah. pemain dan pengurusan adal orang yang sama.

Aliff terlajak! hang sebenarnya nak bodek MB kah atau nak taja pasukan bola. Jangan dok pemain perasaan orang Kedah. Kot, kot produk hang terlajak sangkut!

Anonymous said...

Najib boleh sponsor kan..kan..kan....

Anonymous said...

Ni sorang lagi bodoh piang. Apa kena mengena Najib dengan sponsor bola sepak. Apa kata Mak hang yang sponsor. Banyak cara Mak hang boleh sponsor. Lagi hebat kalau Mak hang yang sponsor.

Anonymous said...

IKHLAS PANTAT KAU!!!

KO GI TANYA AHMAD BABISHAH DIA IKHLAS KA TIDAK???

Anonymous said...

Suroh Ahmad Babishah PokokNipah cari penaja...

Itu kan tugas dia

Master Sgp said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





















DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d








Anonymous said...

Pasokan Kedah kalahkan Terangganu. Hangpa memang baguih. Tukar MB kah, penaja tarikh diri kah,hangpa semua adalah pasokan Kedah. Takkan tukar pemimpin hangpa semua pakat ikut dia kemana sahaja dia pi. Mau kah dia bawak hangpa semua naik bot nama anak dia kesana kesini.

Atau mau kah bini dia biar hangpa semua senang keluar masuk rumah dia. Yang pentingnya hangpa semua kena main elok-elok. Ini periok nasi hangpa. Stadium penuh lebihlah habuan hangpa.

Biar pi malaun-malaun yang suka dok pelaga orang lain. Depa cari makan macam tu, dari zaman tun sampai la ni tulah cara depa. Pulun! Kedah Pulun!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.