Wednesday, February 17, 2016

Gen Y Kuat Melatah - Dr Asyraf Wajdi

pilihanraya kini     9:24 AM    



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan kerisauannya dengan sikap orang ramai, terutama golongan muda, yang disifatkan mudah terheret dengan sentimen ketika berhadapan sesuatu isu.

Berucap di majlis pelancaran album ‘Mathnawi Rumi’ oleh Kopratasa di ibu negara semalam, beliau mempersoalkan daya intelektual ‘generasi Y’ atau yang dinamakannya sebagai ‘generasi apps (aplikasi)’, dalam menanggapi sesuatu isu.

“Di mana daya intelektual anak muda, akal waras anak muda dalam menanggapi satu-satu perkara atau isu? Hari ini kalau kita lihat ada ‘gen apps’ melihat isu secara dangkal dan berorientasikan emosi semata-mata.

“Mungkin juga kerana dihidang pelbagai ‘apps’, ada yang mudah percaya pada sesuatu maklumat yang tidak benar-benar mantap, dan mudah bertindak berasaskan berita yang tidak dikaji secara tuntas,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, sebagai pemimpin negara masa hadapan, generasi muda hari ini perlu dididik agar kembali menghayati nilai rohani dan akhlak yang tinggi.

“Negara kita hari ini seperti tiada hala tuju jika melihat kepada generasi muda hari ini.

“Imam Ghazali (Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali – agamawan dan ahli falsafah Seljuk) sendiri berkata bahawa jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi hari ini.

“Jika kita tidak didik mereka dengan akal budi manusiawi, nilai rohani, prinsip moral dan adab yang tinggi, saya bimbang negara kita tidak akan kemana-mana,” katanya lagi.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.