Friday, February 5, 2016

Isu Mukhriz Tiada Kaitan Dengan PM

pilihanraya kini     9:39 AM    



Krisis politik Kedah sehingga membawa‎ kepada peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiada kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, krisis politik tersebut merupakan urusan dalaman Umno negeri itu dan tiada kena mengena dengan perdana menteri.

"Ini (krisis politik di Kedah) tiada kaitan dengan perdana menteri. Saya harap mereka yang menuduh PM menjadi dalang isu ini tidak teruskan tohmahan ini," katanya.

Abdul Rahman, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu selepas melawat tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata Mukhriz merupakan ikon generasi muda apabila dilantik sebagai Menteri Besar tetapi beliau gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin Umno Kedah.

"Kita kena faham politik adalah permainan melibatkan sokongan. Jika anda tidak mempunyai sokongan maka tempoh kedudukan anda boleh dikira," kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata pelantikan Ahmad Bashah, yang juga Adun Bakar Bata, menunjukkan rakyat merupakan tonggak kuasa di Kedah termasuk pemimpin Umno Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Justeru, katanya, mereka berpendapat negeri itu perlu dipimpin oleh sebuah menteri besar baharu selepas kepimpinan Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Beliau berkata Ahmad Bashah telah memainkan peranan penting dalam membantu BN merampas semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum 2013. - Bernama

3 comments :

Anonymous said...

Abdul Rahman Dahlan Komen Macam TAIK!!!

WTF!!!

Master Sgp said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





















DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





Anak Bukit Jelutung said...

Sebagai seorang anak Kedah yang tinggal di Kedah, aku setuju dengan Dato' ARD. Memang nampak, perletakan jawatan DS.Hj.Mukhriz, tiada ada kaitan dengan PM. Ketua-Ketua Bahagian yang tak sukakan bekas MB Kedah tu, kan.

PM tak bersalah.

Tapi yang aku (tak kasar kut bahasa ni) berasa pelik ialah sebaik saja Menteri Besar Baru disahkan, banyak tawaran untuk "membantu DS Ahmad Bashah bagi membangunkan Negeri Kedah".

"Membantu.....bagi membangunkan lagi Negeri Kedah" sangat dialu-alukan.

Cuma caranya kurang berapa kena, kut.

HIDUP MELAYU

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.