Tuesday, February 16, 2016

Melayu Yang Bodoh Terhegeh2 - Ridhuan Tee

pilihanraya kini     9:12 AM    



INSIDEN seorang pemimpin politik memakai pakaian kostum Cina menyerupai dewa atau maharaja Cina, jika nak tahu sama ada kostum tersebut dewa atau maharaja, saya cadangkan pemimpin politik beragama Islam pergi ke rumah orang Cina yang bukan Kristian, dan lihat apakah objek tersebut terdapat di rumah mereka atau tidak? Selepas itu, bolehlah kita bincang sama ada ia dewa atau maharaja.

Pada saya, objek apa pun ia menyerupai sudah tidak penting lagi. Persoalannya kenapa kita perlu terhegeh-hegeh sedemikian rupa, sedangkan orang lain tidak pula? Cetek sungguh pemikiran kita jika ada yang beranggapan dengan berpakaian sedemikian, perpaduan boleh tercapai.

Pernahkah kita melihat pemimpin bukan Melayu atau parti komponen BN ultra kiasu memakai pakaian kebangsaan atau baju Melayu atau jubah ketika Hari Raya Puasa (Haji)? Boleh dikatakan hampir tiada.


Nampak sangat mereka memandang rendah pada budaya Melayu (Islam). Sebagai orang Cina, sekali-sekala saya ada juga memakai baju Cina, tetapi bukan seperti dewa atau maharaja. Cukuplah dengan baju Cina yang bercorak biasa, supaya tidak dituduh lupa diri. 

Benar, Tahun Baharu Cina itu perayaan budaya, tetapi perlu diingat, ada unsur-unsur keagamaan di situ. Di sini mungkin kita dikelirukan, termasuk mereka yang dirujuk sebagai penasihat. Justeru, saya mencadangkan;

Pertama, cubalah memahami budaya dan tradisi orang Cina. Mereka bukan sahaja menyembah dewa, malah apa jua gambar yang dirasakan boleh membawa tuah seperti maharaja, termasuk juga orang Islam, seperti Laksamana Cheng Ho atau Sampokong dan kong yang lain.

Sebab itu, kita jangan terkejut sekiranya ada patung kalangan orang Islam dalam rumah atau tokong orang Cina. Patung ini akan terus didewakan jika membawa ong (tuah). Contoh, kena nombor ekor.

Pernah suatu ketika isu ini menjadi gembar, termasuk juga terdapat ayat-ayat Quran di dalam tokong dan rumah orang Cina. Mungkin kepada orang Islam, ia sensitif. Pada saya itu perkara biasa.

Daripada mereka menyembah patung-patung yang pelik-pelik, lebih baik mereka menyembah patung orang Islam. Benar, itu syirik. Sekurang-kurangnya dengan menyembah patung Islam, masih ada sedikit sangka baik di situ. Islam dianggap sebagai membawa tuah atau ong.

Tidak mustahil suatu hari nanti mereka bersunat.

Kedua, kepada pemimpin politik, jika terlalu kemaruk undi, gunakan mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Inilah yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Jangan terperangkap dengan mainan ultra kiasu.

Ketiga, asas perpaduan bukan melalui pakaian. Perpaduan itu adalah sedia bertolak ansur dan berkorban, terutama dalam masyarakat pluralistik seperti Malaysia. Jangan lupa sejarah hubungan majoriti-minoriti. Tidakkah sepatutnya minoriti perlu lebih menyerapkan identiti majoriti, meskipun tidak berlaku asimilasi.

Ini usahkan asimilasi, akulturasi pun tidak berlaku. Akulturasi bermaksud peminjaman budaya buat sementara waktu. Misalnya, orang Cina berpakaian Melayu ketika hari raya, atau orang Melayu berpakaian Cina ketika Tahun Baharu Cina.

Realitinya hanya berlaku sebelah pihak. Hanya orang Melayu sahaja yang terhegeh-hegeh. Bangsa lain langsung tidak ambil tahu atau mahu ambil tahu. Siapakah yang lebih bertolak ansur dan lebih berkorban demi perpaduan?

Jangan pergi jauh, cuba saksikan siaran langsung, pembukaan parlimen atau Dun, pernahkah ultra kiasu komponen BN atau pembangkang memakai pakaian kebangsaan iaitu sut Melayu? Langsung tidak ada. Maaf, jika saya celupar. Sekadar berterus-terang.

Keempat, rujuklah pakar atau orang yang lebih tahu, jika jahil dalam budaya orang lain. Saya bukan pakar, tetapi menawarkan diri. Saya bimbang, orang yang kita rujuk mungkin tersalah memberi nasihat.

Tidak dinafikan ada kalangan mualaf Cina yang agak 'over' dalam merayakan perayaan bangsanya. Saya selalu menasihatkan bezakan antara menyambut dengan meraikan bagi tujuan dakwah.

Biarlah yang menyambut bersungguh-sungguh itu kalangan mereka yang tidak Islam. Kita yang telah Islam, berpada-padalah, jangan sampai terlebih Cina daripada orang Cina. Dalam Islam, hanya dua perayaan yang disebut dalam al-Quran dan menjadi ibadat serta mendapat pahala. Itu pun jika disambut mengikut syarak, iaitu Raya Puasa dan Haji.

Perayaan-perayaan lain tidak ada nas. Perlulah berpada-pada dan jangan lebih garpu dari sudu. Ada hadis melarang kita bersubahat. Tetapi jika ada tujuan dakwah, ia dibenarkan, seperti yang saya lakukan saban tahun apabila tiba Tahun Baharu Cina.

Saya teramat bimbang kerana terlalu kemaruk undi kita sanggup menggadai prinsip. Prinsip yang digadai tidak dipandang pun. Apatah lagi untuk memberi undi. Berpada-padalah. Cukuplah dengan berpakaian batik sebagai identiti Malaysia dalam semua perayaan.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

1 comments :

Master Sgp said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





















DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d








© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.