Friday, February 5, 2016

Mukhriz Bertuah Dibayangi Tun M- Penganalisis

pilihanraya kini     10:04 AM    



Penganalisis politik melihat senario pertukaran menteri besar yang berlaku sebelum ini di Terengganu dan Selangor berbeza dengan kes terbaharu di Kedah melibatkan, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata, kedua-dua bekas menteri besar itu, Datuk Seri Ahmad Said dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus malap dan menjadi ‘low profile’ sejak disingkirkan.

“Hal ini amat berbeza dengan Mukhriz. Beliau mempunyai kelebihan sebagai anak bekas Perdana Menteri dan lebih bertuah ialah anak kepada Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang memberikan kredit lebih kepadanya.

“Mukhriz tidak pernah dikenali sebagai pejuang dalam karier politiknya semenjak zaman Pemuda Umno, namun bayangan Tun M memberikan kredit yang banyak di dalam karier politik beliau.

"Ini tiada pada kedua-dua bekas menteri besar di Selangor dan Terengganu itu,” katanya kepada Sinar Online.

Pada Mei 2014 lalu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Ahmad Said manakala pada September tahun sama, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

Semalam, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukhriz setelah krisis yang berlarutan kira-kira dua minggu.

Mengulas lanjut, Dr Maszlee menyatakan keyakinannya bahawa selepas dua contoh pertukaran menteri besar dari Umno itu, tiada lagi mana-mana menteri besar yang berani 'menegur' mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap isu-isu yang mengelilingi Presiden Umno itu.

“Persoalan sama ada Ahmad Bashah mampu menyaingi Mukhriz bukan prioriti utama Umno sekarang. Pemecatan Mukhriz merupakan isyarat Najib kepada para pemimpin Umno agar tidak melawannya.

“Najib telah berjaya memperkemaskan cengkaman kuasanya di peringkat para pemimpin negeri-negeri di bawah pentadbiran BN.

“Tapi, apa yang pasti agak mustahil untuk Ahmad Bashah menjadi pengganti lebih baik seperti Azmin di Selangor. Namun, jika kerajaan pusat boleh menyalurkan sejumlah besar projek ke Kedah, maka Ahmad Bashah akan menjadi bintang,” katanya.

Namun katanya, susulan keadaan ekonomi yang sakit mutakhir ini perkara tersebut agak sukar.

“Kecuali jika terdapat Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang besar masuk ataupun Kedah menemui telaga minyak baru,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir melihat, pertukaran ketiga-tiga menteri besar di Terengganu, Selangor dan Kedah susulan pemimpin itu sudah tidak lagi disenangi parti mahupun sebahagian Adun.

“Presiden parti yang memilih mereka untuk menjadi menteri besar. Jadi apabila seseorang menteri besar itu sudah tidak lagi disenangi atau tidak lagi mendapat sokongan sebahagian besar Adun seperti yang berlaku di Kedah, maka beliau (menteri besar) tidak mempunyai pilihan kecuali berundur.

“Itu juga sebenarnya jalan terbaik untuk mengelakkan krisis politik berlarutan sehingga boleh menjejaskan pentadbiran negeri. Lebih-lebih lagi bagi Umno di mana kedudukannya di Kedah misalnya tidaklah begitu mantap. Jadi, apa-apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Menyentuh soal suasana di Selangor dan Terengganu yang kian reda sejak krisis pertukaran menteri besarnya, beliau mengingatkan dengan menggunakan perumpamaan bahawa ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’.

“Jika kem yang sebelum ini menyokong menteri besar terdahulu dapat diredakan, maka itu peluang untuk menteri besar yang baharu. Paling penting untuk beliau menjelaskan kepada rakyat.

“Menjadi tugas menteri besar yang baharu untuk merapatkan barisan dan memastikan segala kelemahan yang didakwa terhadap menteri besar terdahulu dapat diselesaikan serta mengemukakan strategi terbaik untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Akui pengganti di Selangor dan Terengganu berjaya merebut kembali hati penyokong setakat ini namun bukan sepenuhnya.

“Kejayaan itu bergantung pada pendekatan yang digunakan oleh menteri besar yang baharu. Menteri besar di Selangor dan Terengganu ini kelihatan seorang pemimpin yang berhemah, bertindak sesuai dengan aspirasi dan kehendak rakyat di negeri masing-masing.

“Jadi, pendekatan demikian telah memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi di kedua-dua negeri itu untuk memberi sokongan kepada mereka berdua ini. Jadi, personaliti dan pendekatan menteri besar baharu ini banyak menentukan bagaimana reaksi rakyat selepas ini sebagaimana yang terbukti di Selangor dan Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, cabaran terbesar yang menanti pengganti itu adalah untuk memastikan pisang tidak berbuah dua kali dalam PRU14 ini.

“Jika di Kedah, Ahmad Bashah perlu memastikan Kedah tidak terlepas ke tangan Pas dalam PRU14. Namun, setelah apa yang berlaku, saya tidak fikir itu tugas dan tanggungjawab yang mudah,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan kenyataan berbaur positif yang dibuat oleh Ahmad Bashah terhadap Mukhriz, beliau melihat potensi buat Adun Bakar Bata itu menstabilkan suasana namun tidak dapat menjangkakan tempoh yang bakal diambil.

3 comments :

Master Sgp said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





















DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d





Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Penyokong tegar Mukhriz tidak lah sehebat mana pun.Mukhriz bukan dari kalangan ahli yang bergelumang dengan selut dan lumpur. Walaupun dia mudah didekati dimana sahaja namun tidak cukup untuk menjiwai naluri rakyat Kedah.

Orang Kedah bukan sama seperti orang Terangganu dan Selangor. Orang Kedah sanggup mengikat perut dalam kepayahan mereka kebayakannya pernah hidup dalam kesusahan. NAMUN orang Kedah adalah pejuang-pejuang tulin.

Tak perlu mewarisi dari Bapak kepada anak. Keturunan dan darah daging. Akan ada rakyat Kedah timbul memacak kepala sebagai pemimpin cuma masa menentukan. Jika Mukhriz didapati belum cukup masak untuk memimpin dia harus memberi laluan. Jangan kerana Bapaknya suruh maka dia harus ikut. Ini silap Mukhriz.

Memanglah di mata pembangkang apa sahaja UMNO buat semuanya tak betul. Tapi, bila diselak kain mereka kurap dan sopak penghias laman.

Mahathir pun jika tak kerana sokongan pemimpin dan ADUN KEDAH dia pun nyaris tersungkur. Ingatlah masa awak perlukan sokongan orang awak sanggup tebal muka.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.