Thursday, February 11, 2016

Terbalik Bendera BN Bukti Protes Najib?

pilihanraya kini     9:15 AM    


“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.


Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain.

Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan material.


2 comments :

Anonymous said...

Wahai Ainina apa hujah hang sekali pun memburukkan Najib. Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Hang benci sangat kepada Najib itu hang punya masalah. Hang tak suka cara pentadbiran Najib tu hang punya masalah. macamlah jika negara ini dibagi kat hang maka sempurnalah semuanya.

Apa hang nak kata itu hang punya ha,k namun Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Hangpa nak terbalik bendera kah nak gulung kah atau nak bakar kah itu hangpa punya alasan sendiri. Orang macam hang ni dapat besar mana panjang mana pun masih tak puas. Hang ingat bila mulut hang bercakap orang semua orang syok, cuma pembangkang tahap LONGKANG sahaja yang terlompat2.

Bagi kami Najib tatap menjadi pujaan hati. Hang nak kata kami penjilat kah pembodek kah tiada hal punya. Hang nak kata akar umbi tak suka Najib hang boleh cakap suka hati hang. Kami pun dari golongan akar umbi. Cuma kami dari golongan akar umbi yang rasional, akar umbi yang mentelaah situasi bukan akar umbi yang tiba2 melompat macam Cik Puan Anina anak Pak Saad konon dengan cara bersuara lantang dapat mimikat penyokong.

Walau pun awak dan pengikut awak menghina Najib. Najib tatap menjadi pujaan hati kami.

Master Sgp said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d



























DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d













© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.