Monday, February 29, 2016

Umno Bahagian Pagoh Tolak Keputusan MT Umno

pilihanraya kini     11:01 AM    



UMNO Bahagian Pagoh menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.

Setiausahanya Asraf Mokhtar berkata, mengikut Fasal 20 Perlembagaan parti, sesuatu keputusan hanya boleh dibuat selepas melalui beberapa prosedur dan saluran berperingkat.

“Malangnya, keputusan dibuat MT tidak mengikut prosedur yang jelas mengenepikan amalan demokrasi dalam parti sedangkan Muhyiddin dipilih sebagai Timbalan Presiden oleh ahli dari seluruh negara.

“Keputusan mereka bukan saja tidak demokrasi, malah mengkhianati ahli UMNO. Jadi kami menolak keputusan MT sehingga pemilihan parti akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Perkembar di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed; Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh Senator Datuk Noriah Mahat dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Menurutnya, Muhyiddin tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya menjalankan tanggungjawabnya menegur presiden parti berkaitan hal berkepentingan awam.

“Muhyiddin hanya menegur presiden bagi mengukuhkan parti, bukannya untuk kepentingan peribadi,” katanya.

1 comments :

Anonymous said...

Percayalah
Sangat ramai di kalangan kami di luar ini menyokong dan mengharapkan pendirian jitu dan tegas seperti yang tuan puan tunjukkan
Ayuh bangkit

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.