Monday, March 28, 2016

Ku Seman Undur Diri Sebab Politik Sampah?

pilihanraya kini     11:40 AM    

Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran pengarang kanan akhbar Kumpulan Utusan Melayu (M) Ku Seman Ku Hussain pada Ahad adalah atas kesedaran bahawa wujud ‘kebinatangan politik’ dalam dunia kewartawanan.

Menerusi catatan di blognya, bekas Ketua Pengarang akhbar itu dilihat menyokong tindakan perletakan jawatan Ku Seman yang telah berkhidmat lebih 32 tahun di syarikat akhbar Melayu itu.

“Mereka (bekas pengarang) meninggalkan Utusan dengan rasa kecintaan pada Utusan dan kesedaran betapa kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan dalam dunia kewartawanan dan dalam dunia kewartawanan juga ada binatang politik,” tulisnya, semalam.

Selain Ku Seman, Zainuddin turut mendakwa Ketua Pengarang Utusan, Datuk Aziz Ishak juga bakal meninggalkan akhbar yang mendokong aspirasi kerajaan dan UMNO itu. Walaubagaimanapun, sebab pengunduran Aziz tidak dinyatakan.

“Khabarnya Ketua Pengarang Utusan Melayu sekarang Aziz Ishak juga telah memberitahu rakan-rakan bahawa beliau akan berhenti,” tulis Zainuddin dalam entri tersebut lagi.

Zainuddin yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai Ketua Pengarang di Utusan turut mengimbau kenangan beberapa tokoh wartawan yang pernah berkhidmat dengan syarikat tersebut, termasuk Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang Utusan Melayu Pertama Yusuf Ishak, sebelum diangkat menjadi Presiden Singapura.

Katanya, setiap wartawan yang menempah nama besar di Utusan Melayu melangkah keluar dari akhbar itu dengan memberikan tabik hormat kepadanya setelah mengukir nama kerana menjiwai, mewarisi dan meneruskan semangat dan tardisi Utusan Melayu sebagai akhbar perjuangan zaman berzaman sejak tahun 1939.

“Mereka sedar bahawa mereka menumpang kebesarannya dan tiap pengorbanan mereka samaada ke kiri atau ke kanan menambahkan kekeramatan dan keagungannya.

“Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang Utusan Melayu Pertama Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew mengikhtiraf sumbangan Utusan Melayu kepada pembangunan politik Singapura dan Malaya di bawah pimpinannya

“Samad Ismail keluar penjara masuk penjara semasa di Utusan Melayu dan masih dilihat membawa semangat Utusan Melayu bila beliau berkhidmat dengan akhbar lain. Beliau tetap digeruni kerana semangat Utusan Melayu dan kemudian di tahan lagi di bawah ISA di Malaysia.

“Said Zahari di tahan dibawah ISA di Singapura selama 17 tahun kerana mewarisi semangat perjuangan ini dan diiikuti dengan laluan berkrikil oleh Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin (beliau) dan Johan Jaafar,” kata bekas Menteri Penerangan itu.

Pada Ahad, Ku Seman menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia memaklumkan bahawa artikel bertajuk “Utusan Melayu Universiti Saya” adalah artikel terakhir beliau untuk akhbar itu.

“Malam ini (Sabtu malam) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 33 tahun empat bulan tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya.

“Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini,” tulis Ku Seman.

Bagaimanapun, Ku Seman tidak memaklumkan sebab pengunduran beliau daripada syarikat akhbar tersebut, namun wujud dakwaan menyatakan bahawa ia ada kaitan dengan kelantangan penulisannnya mempersoalkan integriti UMNO.

1 comments :

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau

KLIK DISINI 4d 5d 6d

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.