Tuesday, March 29, 2016

Perjuangan Tun Bukan Lagi Untuk Orang Melayu

pilihanraya kini     10:44 AM    

Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya lebih bersifat peribadi.

Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir yang jelas bercanggah dengan perjuangannya sebelum ini.

"Saya tak nampak ia (Kongres Rakyat) berjaya sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekali gus menidakkan apa yang dia buat dahulu.

Dahulu beliau mempunyai keyakinan dan kesabaran untuk menaikkan UMNO semula dan orang Melayu, sekarang politik beliau bukan untuk orang Melayu lagi, bukan untuk semerbak perjuangan dalam BN (Barisan Nasional) lagi.

"Beliau menjadikan arena politiknya sebagai arena peribadi dan apa sebab, tentulah ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Muhkriz di Kedah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis Santapan Minda anjuran Yayasan Budi dan Biro Penerangan BN Parlimen Jelebu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan Kongres Rakyat pada Ahad di Shah Alam, Selangor yang turut disertai oleh Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata beliau tidak tertarik untuk menyertai atau memberi sokongan kepada hujah-hujah yang disambut baik oleh pembangkang dan pihak yang mahu menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Perlu ditegaskan dalam sistem demokrasi dan perundangan negara bahawa memang boleh seseorang itu seperti Tun Mahathir seru agar perdana menterimeletak jawatan. Namun, kesemua ini perlu diasaskan kepada undang-undang negara (yang mana) ada dua perkara yang seharusnya difikirkan.

"Ia ialah apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan tidak percaya kepada beliau (Najib) atau apabila ahli Parlimen di Dewan Rakyat meluluskan undi tidak percaya terhadap beliau. Jika sebarang langkah ini tidak dapat dilaksanakan, maka Najib tidak boleh diseru untuk letak jawatan waima dengan sejuta tandatangan diperoleh oleh Tun Mahathir dan sekutunya," katanya.

Oleh demikian katanya, sekiranya perasaan tidak puas hati itu hendak diterjemahkan oleh mana-mana pihak, ia boleh dilakukan menerusi pilihan raya.

"Sementara itu, benarkan perdana menteri dan (jemaah) Kabinetnya menjalankan tugas negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa supaya Umno dan BN terus mempertingkatkan usaha bagi memenangi hati dan minda golongan muda menerusi pemerkasaan media sosial dan juga sistem penyampaian.

"Cabaran bagi kita di PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) bukan kecil sebab generasi muda dalam lingkungan umum 21-40 berada pada tahap lebih 60 peratus.

Jadi gesaan dan juga kegiatan dalam talian mesti ditingkatkan.

"Cara ini, saya kira memang mencabar dan kita perlu dalam keadaan yang suntuk untuk memperbaiki sistem penyampaian dan keberkesanan kita," katanya sambil menambah supaya parti komponen turut sama bekerja keras dengan tulus dan ikhlas bagi meyakinkan pengundi.

Mengulas mengenai sama ada BN mampu terus meraih sokongan rakyat ekoran terpalit dengan pelbagai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kejatuhan nilai Ringgit, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rais menegaskan jika rakyat melihat bahawa kerajaan terus ikhlas, produktif, membantu dan meningkatkan kehidupan, tak ada sebab untuk rakyat menolak.

1 comments :

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau

KLIK DISINI 4d 5d 6d

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.