Thursday, June 9, 2016

BENARKAH CALON PAN BARUA DAP??

pilihanraya kini     3:30 PM    


Calon PRK Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Parti Amanah Negara (PAN) berkata beliau tiada minat menjadi wakil rakyat dan selesa hidup dengan pencen daripada kerajaan.

"Saya tak ada kepentingan dari segi kehidupan untuk menjadi wakil rakyat, kerana Alhamdulillah sebagai profesor, pencen saya dah cukup,” katanya.

Persetujuannya untuk bertanding di Kuala Kangsar kata Ahmad Termizi, adalah cuma untuk “membayar kembali wang-wang membiayai saya dari poket tuan-tuan,” katanya kepada dalam ceramah dengan pengundi Cina di Taman Jerlun malam tadi.

Calon PAN itu nampak marah kerana di label sebagai kuda tunggangan DAP untuk mencantas PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Saya sebagai khadam kepada rakyat Malaysia.Jadi beritahu kepada sahabat-sahabat di sana saya bukan khadam DAP,” kata beliau.

Pimpinan PAS menyifatkan PAN sebagai 'parti pengacau', yang bersedia menyokong apa juga tindakan DAP walaupun menggelarnya dirinya juga sebagai parti bertunjangkan islam.

Pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN meletakkan harapan semata-mata kepada DAP untuk meraih undi Cina bagi mencatat sokongan lebih tinggi daripada calon PAS.

Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut berucap malam tadi, memperlekeh PAS apabila menyifatkan pertarungan PRK berkenaan hanya saingan antara Pakatan Harapan dan Berisan Nasional.

"Ini (Kuala Kangsar) bukan empat penjuru.. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya dua penjuru, dua pilihan saja iaitu sama ada anda undi BN ataupun Pakatan Harapan,” katanya.

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.