Monday, June 6, 2016

BN gerak kempen media sosial

pilihanraya kini     1:42 PM    



BN menggerakkan Kempen Media Sosial menerusi aplikasi Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor.
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata kempen itu menyasarkan pengundi muda di kedua-dua kawasan.
"Kami menyebarkan bahan kempen antaranya biodata calon, gambar keluarga serta anak-anak, poster calon, info grafik, video pendek menerusi laman sosial terutama kepada kumpulan-kumpulan WhatsApp tertentu dan daripada kumpulan ini mereka akan menyebar luas bahan kempen kepada pengundi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kaf Warisan di Kampung padang Changkat, dekat Kuala Kangsar, semalam.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.