Friday, June 10, 2016

Jangan Guna Kelemahan Pembangkang Untuk Menang PRK Kuala Kangsar #PRKKualaKangsar

pilihanraya kini     10:30 AM    



Jentera parti Barisan Nasional (BN) disaran supaya tidak mengharapkan kelemahan daripada pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kekuatan itu perlu datangnya daripada parti BN itu sendiri.
“Pembangkang sedang berpecah tetapi jangan kita  rasa selesa apabila mereka berpecah..harapkan orang lemah baru kita kuat itu tidak boleh jadi ukuran,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama JKKK Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini
Beliau pada masa yang sama turut mengakui pastinya terdapat sedikit isu dalaman melibatkan parti bagaimanapun ia perlu diatasi demi kepentingan parti itu sendiri.
“Apabila parti melawan dengan pembangkang kita mesti memastikan parti kita menang.
“Pertandingan dalam parti adalah perkara biasa manakala dalam pilihanraya sudah tidak timbul kumpulan di dalam bahagian ia melibatkan penentangan antara parti.
“Kita sebagai ahli parti BN mesti memastikan parti kita memang dan ia tanggungjawab paling penting,” katanya.
Beliau yang juga selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjelaskan bahawa kempen ‘jahat’ telahpun bermula bagaimanapun pengundi disaran supaya lebih bijak dan tidak terpengaruh dengan dakwaan kempen sebegini.
Tambahnya lagi, pembangkang kini dalam keadaan terdesak manakala BN setakat ini telah menjalankan kempen dengan berhemah disamping menghormati bulan Ramadhan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.