Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua petugas perlu memastikan jentera kempen BN bergerak secara fokus terutama di Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang telah ditetapkan.

Menurutnya, ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul secara bersungguh-sungguh oleh setiap daripada mereka yang bergelar jentera UMNO dan BN.

“Tanggungjawab berkempen per­lu ditunaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kerana akhirnya rakyat dan pengundi boleh menilai sama ada kita jujur untuk pastikan calon kita menang,” katanya