Thursday, June 9, 2016

Kaum Wanita Pengundi Teramai Di Parlimen Sungai Besar

pilihanraya kini     7:04 PM    




Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) disaran lebih giat mendekati kaum hawa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar memandangkan 50.2 peratus daripada 42,655 pengundi berdaftar di kawasan itu adalah wanita.

Setiausaha Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad menyatakan ia menunjukkan 'suara' wanita amat penting dalam menentukan kemenangan BN bagi kerusi Parlimen berkenaan malah kepercayaan yang pernah diberikan kepada bekas penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon mesti dipertahankan.

Mengulas lanjut, beliau berkata fokus utama yang dilaksanakan jentera kali ini tertumpu kepada penerangan secara telus mengenai dasar-dasar kerajaan kepada kaum wanita.

Katanya, rakyat terutamanya golongan ibu dan wanita mesti diberi kefahaman yang baik mengenai pentadbiran negara yang sentiasa mementingkan penduduk luar bandar malah tidak pernah meminggirkan mereka dalam pembentukan sebarang dasar kerajaan.

Beliau berkata penerangan yang dilakukan jentera secara bersemuka termasuk gerak kerja dari rumah ke rumah setakat ini menunjukkan impak sangat positif malah kaum wanita dan rakyat setempat juga mudah mencerna maklumat yang disampaikan.

"Kami mahu semua pengundi khususnya wanita dan ibu-ibu memahami bahawa pelbagai bantuan dan sokongan sentiasa diketengahkan kerajaan terhadap golongan itu di kawasan luar bandar dan tidak pernah dilupakan.

"Disebabkan itu, kami harap kesinambungan legasi bekas wakil rakyat Sungai Besar yang juga seorang wanita dapat diteruskan demi pembangunan kaum hawa di kawasan ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tambah Noraini lagi, walaupun penat berpuasa, namun jentera Wanita tidak pernah lelah menjalankan pelbagai aktiviti dan program mendekati rakyat malah menganggap Ramadan bukan penghalang untuk mereka bekerja kuat demi kemenangan parti.

Ketika ditanya mengenai cara jentera Wanita berhadapan pengundi bukan Melayu khususnya di Sekinchan, Noraini menjelaskan kesepaduan parti komponen berbilang bangsa dalam UMNO banyak membuka ruang kepada mereka mendekati rakyat di kawasan itu.

Mengetahui Sekinchan merupakan kubu kuat DAP, beliau menyatakan jentera Wanita dan parti komponen tidak akan mengalah dalam mengatur program serta pelbagai strategi memancing undi rakyat di situ, khususnya melibatkan golongan wanita.

"Walaupun wujud dakwaan pembangkang menyatakan jentera Wanita tiada peranan namun kami melihat ia hanyalah tohmahan yang cuba melemahkan kami dan merendahkan kaum ibu sedangkan umum tahu, Wanita merupakan tonggak kekuatan BN.

"Saya juga percaya, pengundi wanita di Parlimen ini tidak mudah termakan kata-kata tersebut kerana mereka cukup matang dalam memilih," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum ini, BN mengekalkan kedudukan di kerusi Parlimen tersebut selama tiga penggal berturut-turut menerusi kemenangan yang diraih Noriah.

Bagaimanapun, pada 5 Mei lepas, Noriah maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak menyebabkan kekosongan kerusi berkenaan.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan penamaan calon dilakukan pada Ahad lepas dan pengundian awal pada 14 Jun.

Sumber -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.