Friday, June 10, 2016

Kerajaan Selangor Perlu Memilih PAS Atau Amanah - PM

pilihanraya kini     12:50 PM    



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor menyatakan pendirian berhubung sokongan mereka sama ada kepada PAS atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Katanya, kerajaan Selangor pimpinan PKR dilihat kabur dengan pendirian mereka kerana masih menjalin hubungan dengan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi pada masa sama mengekalkan pertalian dengan PAS, iaitu sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang kini telah berkubur.

"Di sini pun kita lihat...di mana letak pendirian kerajaan negeri Selangor, siapa yang dia sokong? Sokong PAN (Amanah) atau sokong PAS? Tolong jelaskan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri Selangor di Masjid Ma'muniah, Simpang Lima, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mempersoal pendirian kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap PAS yang wakil rakyatnya masih berkhidmat dalam kerajaan negeri, tetapi parti itu tidak bersama dalam Pakatan Harapan.

"Duduk dalam satu kerajaan tetapi tiada persefahaman. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini bukan ramuan yang boleh memberi kita keyakinan," kata Najib.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk memimpin dan kerajaan BN terbukti mampu menguruskan segala dasar-dasar berkepentingan rakyat.

Katanya, kekuatan kerajaan BN akan bertambah lagi sekiranya mencapai kemenangan di PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

"Kalau kerajaan pusat tidak kuat kita akan menghadapi tekanan dan akhirnya rakyat yang menderita, kita tidak mahu rakyat dalam keadaan susah atau tertekan, kita nak kerajaan yang kuat dan kukuh," katanya.

Najib menjelaskan walaupun negara berhadapan ketidaktentuan ekonomi ekoran kejatuhan harga minyak dunia, namun kerajaan masih mampu menjaga kebajikan rakyat dan meluluskan projek-projek untuk kepentingan rakyat.

Katanya inilah perbezaan yang dinikmati rakyat apabila memilih sebuah kerajaan yang tahu menguruskan negara melalui dasar-dasar pentadbiran.

"Ini baiknya kita pilih kerajaan yang stabil kerana kalau kita berkeceramuk sesama kita apa akan terjadi kepada negara kita...akhirnya ekonomi kita akan merundum," katanya.

Kata Najib, soal memilih kerajaan ini bukan perkara main-main dan tidak harus dibuat mengikut emosi semata-mata tetapi dengan minda yang rasional dan tenang dan mengetahui apa yang dikehendaki untuk negara.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan Budiman sebagai calon BN pada PRK kali ini berdasarkan rekod pencapaiannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus membantu pekebun kecil, nelayan dan pesawah melalui bantuan-bantuan tambahan yang akan diumumkan dalam masa sehari dua ini.

SUMBER -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.