Monday, June 13, 2016

Kraftangan Kuala Kangsar Akan Diperjuangkan - Mastura

pilihanraya kini     11:53 PM    




Sejak diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mencanangkan beliau akan meneruskan lima agenda Allahyarham suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Namun, wanita yang lebih mesra disapa Kak Mas itu turut mempunyai azam sendiri buat warga Kuala Kangsar sekiranya diberi peluang menjadi Anggota Parlimen kawasan itu.

Mastura, 55, berkata antara komitmen yang ingin beliau jayakan jika menang PRK itu adalah mewujudkan satu sekretariat khas untuk mengurus semua pengusaha kraftangan termasuk seni tradisional yang ada di Bandar Diraja itu.

"Seperti yang kita ketahui di Kuala Kangsar ini terkenal dengan labu sayong, seni tekad dan pandai besi seperti pembuat keris dan golok dan ada ramai artis tetapi semuanya merendah diri.

"Dengan adanya sekretariat ini, ia dapat membantu mempromosikan perusahaan mereka agar dapat pergi ke tahap lebih tinggi selain menambah pendapatan warga Kuala Kangsar," katanya dalam wawancara dengan beberapa agensi media di sini hari ini.

Menjelas lanjut mengenai hasratnya itu, Mastura berkata perancangan tersebut mampu dijayakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan selain berharap lebih banyak kajian mengenai kraftangan di Kuala Kangsar dapat dibuat.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu bank data yang menyimpan maklumat mengenai kumpulan kurang berkemampuan di Kuala Kangsar bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka.

"Setiap wakil rakyat harus ada senarai golongan susah termasuk ibu tunggal sebab kadang kala mereka ini tercicir daripada senarai E-kasih," katanya.

Mastura yang pernah berkhidmat sebagai peguam selama enam tahun sebelum ini berkata politik cukup dekat di hatinya kerana telah didedahkan tentang perkara itu sejak berumur lapan tahun lagi.

"Saya bersyukur dianugerahkan satu pengalaman (politik) sejak kecil menerusi papa saya Tan Sri Mohd Yazid Baba. Semasa beliau menjadi wakil rakyat saya sering ikut papa ke kampung-kampung untuk hadir ceramah umum.

"Ramai tokoh UMNO datang ke rumah berbincang dengan papa mengenai hala tuju parti, maka UMNO ini cukup sebati dengan jiwa saya," katanya.

Mohd Yazid pernah berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Negeri Sembilan pada 1974 hingga 1986 dan pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Sembilan.

Ditanya mengenai kemungkinan undi protes yang berlaku dalam PRK kali ini, Mastura melahirkan harapan agar para pengundi berfikir secara bijak demi masa depan mereka.

"Saya yakin orang Kuala Kangsar akan berfikir secara waras, fikir yang baik dan undilah BN.

"Saya kenal orang Kuala Kangsar, mereka kenal saya. Dengar cakap-cakap politik bukan agenda orang Kuala Kangsar, kami sangat sederhana," katanya.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lepas.

Pada PRK itu, Mastura akan ditentang calon PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

SUMBER -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.