Wednesday, June 15, 2016

KUISAS Penuhi Kriteria Berstatus Universiti – Idris Jusoh

pilihanraya kini     11:00 AM    


Pemberian status universiti kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dibuat berdasarkan kelayakan kolej univesiti itu dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk akademik dan
kualiti kursus.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata rancangan menaik taraf KUISAS, yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dibuat menerusi perbincangan dengan pengurusan kolej universiti itu sejak tiga tahun lepas.
“Pengiktirafan menaik taraf status ini turut memberi kesan kepada pembangunan di kawasan sekitar, sekali gus dapat menjana ekonomi masyarakat Kuala Kangsar,” katanya selepas menyerahkan Watikah Pengiktirafan Penubuhan USAS kepada Naib Canselornya Tan Sri Nordin Kardi di sini, hari ini.
Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai KUISAS dinaik taraf sebagai universiti penuh.
Idris juga menafikan dakwaan pembangkang bahawa pemberian status universiti itu adalah kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar.
Sementara itu, Naib Canselor USAS Tan Sri Nordin Kardi berkata selain memberi impak serta merta kepada kawasan persekitaran universiti, pengiktirafan itu memberi peluang kepada USAS untuk mencapai sasarannya.
“USAS dapat menjana dan menerokai ilmu-ilmu baharu dengan menetapkan beberapa sasaran iatu pengajaran, penyelidikan serta khidmat masyarakat dan profesional, sekali gus menjana kekayaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap kerajaan,” katanya.
Sebelum beroperasi sebagai KUISAS pada 2013, ia bermula sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan pada 1999.
Menaik taraf KUISAS kepada universiti awam merupakan satu daripada lima agenda calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid kepada pengundi pada PRK Kuala Kangsar.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pengundian PRK itu akan diadakan pada 18 Jun ini.

1 comments :

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.