Wednesday, June 8, 2016

MAT SABU BIADAP.HINA DAN KUTUK PARTI PAS

pilihanraya kini     4:30 PM    





SELEPAS mencipta alasan mengapa tidak bertanding di Kuala Kangsar, Presiden Parti Amanah Negara atau PAN, Mohamad Sabu dipercayai bertindak menghina calon parti lawannya.

Mohamad atau Mat Sabu dalam sebuah ceramah di Lembah Sayong, Kuala Kangsar pada Isnin malam dilaporkan telah menghina dan merendahkan calon PAS Kuala Kangsar iaitu Dr Najihatussalehah Ahmad dengan gelaran menjengkelkan.

“Hargailah orang bijak macam ini supaya duduk di Parlimen jangan bagi dekat calon yang ‘perabis’ air liur basi yang sekali sekala bangun, sokong Umno,” katanya.

Mat Sabu dipercayai merujuk kepada calon PAS kerana lewat ini hubungan politik antara parti Islam itu dengan parti Kerajaan dilihat bagaikan ‘teman tapi mesra’, khususnya dalam Dewan Rakyat.

Sebagai bekas timbalan presiden PAS yang tidak pro-ulama, Mat Sabu menganggap Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu sebagai seorang yang tidak memberi sebarang manfaat, atau ‘perabis’ air liur basi dipetik seperti dikata.

Bagi pemerhati politik tanah air, perkara ini bukanlah satu perkara pelik buat Mat Sabu. Beliau yang pernah beberapa kali menjadi Ahli Parlimen terkenal dengan mulutnya yang agak menjengkelkan dan suka memberi label kepada lawannya.

Antara labeling yang paling melekat sehingga ke hari ini adalah ‘Anwar Al Juburi’ yang diberikan kepada bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Mat Sabu memaklumkan dalam ceramahnya mengapa beliau tidak dipilih menjadi calon PAN di dua PRK berkenaan.

Katanya, rakan-rakan politik dan pemimpin PAN enggan bersetuju untuk meletakkan bekas pemimpin PAS bertanding menentang parti Islam itu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pada 18 Jun ini, pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan memilih wakil rakyat mereka yang baharu berikutan kematian para penyandang di kedua-dua kawasan tersebut dalam sebuah nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Selain calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru dimana Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Datin Mastura Mohd Yazin, manakala PAN pula Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dan akhirnya Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas)

2 comments :

Anonymous said...

Dia kempunan tak dapat jilat.. sbb tu marah sangat... Mah dap mah...selera nya yg luar biasa..

Anonymous said...

Mah bulu lekat rengkong. Bau b***t kat muka.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.