Thursday, June 16, 2016

Naik taraf Usas bawa pembangunan Kuala Kangsar

pilihanraya kini     11:00 AM    




Penaiktarafan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) kepada Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) bakal membawa pembangunan kepada Kuala Kangsar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, universiti itu akan menjadi pemangkin pembangunan secara keseluruhannya meliputi komuniti, kerajaan serta industri setempat.

Menurutnya, impak serta-merta boleh berlaku di bandar Kuala Kangsar bukan saja bagi jangka masa pendek malah untuk jangka masa panjang juga.

"Boleh juga dikatakan dari segi peracangan jangka masa panjang dan juga pendek kerana ilmu adalah segalanya.

“Seperti Universiti Newcastle, bandar di situ dibangunkan melingkari universiti tersebut. Segala peracangan pembangunan yang dibuat dibandar itu berkait rapat dengan universitinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis serah surat naik taraf Kuisas kepada Usas di Kuala Kangsar, petang tadi.

Tambahnya, pengiktirafan itu diberikan atas kelayakan Usas yang berjaya memenuhi kriteria-keriteria telah ditetapkan.

“Antaranya dari segi kakitangan akademik, pemantapan kualiti kursus pengajian, kelestarian pengruusan tadbir urus.

“Di samping penglibatan pengurusan, pihak atasan yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam mempelopori pengajaran dan pembelajaran progresif serta cemerlang dalam pembangunan institusi pendidikan di Malaysia,” ujarnya.

Jelasnya, penaiktarafan itu jgua membuktikan peningkatan kualiti dalam pendidikan negara.

“Perkembangan ini perkembangan baik untuk universiti-universiti dalam negara kita. Ia menunjukkan peningkatan kualiti pendidikan negara secara keseluruhannya,” katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.