Friday, June 10, 2016

NIZAR JAMALUDDIN AKHIRNYA MENGAKU FITNAH CALON BN DATIN MASTURA. #PRKKualaKangsar

pilihanraya kini     9:00 AM    




Bekas menteri besar Perak meminta maaf kepada keluarga ahli parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad kerana mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebaliknya berkata, ucapannya semasa ceramah di Sayong Lembah pada 7 Jun lalu sengaja diputarbelitkan oleh media sosial.

"Ekoran laporan media sosial seperti media aris perdana mengenai kenyataan saya sewaktu berceramah di Sayong Lembah pada 7 Jun yang lalu, saya tegaskan bahawa ianya dipetik diluar konteks keseluruhan ucapan ceramah tersebut.

"Saya tidak berniat sama sekali menghina atau berandaian negatif kepada mana-mana pihak khusunya kaum keluarga Allahyarham Dato Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nizar pada ceramahnya malam Isnin lalu dilaporkan berkata, pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar ditakdirkan Allah berlaku kerana kebiadapan kerajaaan pusat merampas Perak daripada Pakatan Rakyat pada tahun 2009.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak itu dalam permohonan maaf tanpa syarat berkata, sebagai seorang suami dan bapa beliau juga dapat merasai kesedihan yang teramat akibat kehilangan seorang suami dan ayah kepada anak-anak.

Namun katanya, laporan media sosial keesokannya sengaja andaian yang salah, malah jauh terbabas dari niat dan maksud sebenar.

"Walaubagaimanapun sekiranya akibat pelaporan yang salah dan tidak tepat oleh pihak media sosial dan cetak sehingga menyebabkan rasa terguris hati, terhina atau apa saja perasaan yang tidak senang kepada semua pihak, maka dalam semangat dan roh ramadan ini saya yang juga sebagai seorang suami dan bapa menghulur sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan yang jitu kepada isteri, anak-anak, seluruh kaum keluarga allahyarham serta pucuk pimpinan kawasan, negeri dan pusat," katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.