Thursday, June 9, 2016

PAS Kecewa Dengan Kempen Kotor Amanah

pilihanraya kini     7:06 PM    



Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman menyelar sikap politik tidak matang bekas sekutunya, DAP berhubung tindakan menaikkan papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, semalam.

Katanya DAP tidak sepatutnya menaikkan papan iklan yang bertulis perkataan fitnah dan perkauman itu kerana ia akan mengundang kemarahan sesetengah pihak dan menjejaskan keharmonian semasa berkempen.

"Cara berkempen sebegitu tidak diperlukan di sini, sesiapa yang menaikkan papan iklan itu perlu bertanggungjawab penuh dan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai papan iklan berkenaan yang dipasang semalam.

Tambah Dr Rani, dalam kempen PRK ini, PAS tidak akan menyerang secara peribadi ataupun menabur fitnah terhadap pemimpin parti lawan, sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha memberi penerangan terhadap isu-isu rakyat.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengaku pihaknya yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan itu.

Papan iklan itu telah diturunkan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan satu laporan polis mengenainya telah dibuat.

Sementara itu, SPR dalam kenyataannya semalam berkata tindakan memasang bahan kempen yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pengundian PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun.



Sumber -- BERNAMA


1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.