Monday, June 6, 2016

Pas lebih kuat berbanding Amanah

pilihanraya kini     1:31 PM    


Pas mengakui mereka lebih kuat di kawasan Parlimen Kuala Kangsar berbanding Amanah.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perkara itu dibuktikan berdasarkan kepada kekuatan akar umbi meliputi 35 cawangan di dalam Pas Kawasan Kuala Kangsar.

Beliau berkata, penyertaan Amanah pada PRK Parlimen Kuala Kangsar kali ini memberi kelebihan kepada BN kerana Pas menjangkakan pertembungan dua penjuru.

"Amanah seolah-olah memberi tongkat kepada BN kerana mereka sendiri tahu tiada kekuatan.

"Ini kerusi tradisi Pas dan sepatutnya kita hanya bertembung dengan BN," katanya kepada media, di Wisma Pas Kawasan Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Penerangan Pas Perak, Dr Mohd Zuhdi ‎Marzuki dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Muhammad Ismi Mat Taib.

Idris berkata, bagaimanapun Pas tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapa dan menggunakan politik matang ketika berkempen.

Menurutnya, kemenangan Pas di Parlimen Kuala Kangsar penting sebagai signal rakyat bagi membukti mereka memang menolak BN disebabkan beberapa isu yang menghimpit rakyat.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.