Friday, June 17, 2016

Pengundi Kuala Kangsar ditawar diskaun 50% tiket ETS

pilihanraya kini     9:00 AM    



Pengundi yang ingin pulang ke Kuala Kangsar bagi mengundi dalam pilihan raya kecil ditawarkan kadar diskaun 50 peratus untuk tambang tiket perjalanan menaiki ETS pada 18 Jun.

Dalam satu kenyataan media, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata tarikh jualan tiket dan perjalanan adalah pada 18 Jun bersempena PRK itu untuk perjalanan sehala ke Kuala Kangsar sahaja.

"Bagaimanapun, tiada kuota khas disediakan dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk pada tarikh tersebut," menurutnya.

Tawaran diskaun 50 peratus ini layak untuk para pengundi PRK Kuala Kangsar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para pelanggan harus mengemukakan salinan kad pengenalan dan slip daftar pemilih semasa pembelian tiket di kaunter tiket KTM Berhad.

Jika ada pertanyaan lanjut, para pengundi boleh melayari laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.