Friday, June 17, 2016

Pengundi Perlu Kekalkan Kerusi Dua PRK - NAJIB

pilihanraya kini     11:21 PM    

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, membantu mengekalkan kerusi Barisan Nasional di kedua-kedua kawasan itu, bagi BN meneruskan perkhidmatan cemerlangnya.

Perdana menteri menerusi catatan terbaharunya dalam laman Facebook beliau hari ini, berkata pengundi bagi pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu, diharap tidak terpedaya dengan pembohongan dan permainan politik jahat pembangkang.

BN Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar“Insya-Allah, hari ini hari terakhir berkempen sebelum penduduk di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memainkan peranan penting mencorakkan masa depan kawasan mereka melalui proses demokrasi Pilihan Raya Kecil (PRK) negeri esok.

“Berikanlah peluang kepada Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang BN di kawasan anda,” katanya.

Kedua-dua PRK diadakan serentak esok berikutan kematian penyandang Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dan Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura (isteri Allahyarham Wan Mohammad Khair-il), Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK kerusi Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman, calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Meru dan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur.

Kawasan Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pemilih berdaftar, manakala di Sungai Besar terdapat 42,655 pemilih berdaftar.

Sumber : Umno Online

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.