Saturday, June 11, 2016

Peruntukan RM2 juta tingkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar

pilihanraya kini     10:30 AM    



Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menambah baik pelbagai kemudahan dan kelengkapan peralatan di Hospital Kuala Kangsar dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya telah mengenal pasti khususnya keperluan peralatan tertentu yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan hospital itu kepada penduduk Kuala Kangsar.

"Pakar-pakar di Hospital Taiping dan Ipoh juga akan menjalankan tugas di sini secara giliran untuk memberikan rawatan di peringkat pakar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan doktor pakar itu juga dilihat akan mengurangkan kesesakan di Hospital Taiping dan Ipoh.

Hospital Kuala Kangsar mempunyai 136 buah katil dan empat wad meliputi wad lelaki, wanita, wad bersalin dan wad kanak-kanak dengan kekuatan jumlah doktor sebanyak 18 orang.

Berkenaan menaikkan hospital itu bertaraf hospital pakar, Subramaniam berkata, perkara tersebut bergantung kepada keadaan dan keupayaan kewangan kerajaan.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, beliau yang juga Presiden MIC berkata, sebanyak 2,299 pengundi India layak mengundi untuk PRK itu pada 18 Jun ini.

Beliau berkata, jentera kempen MIC sedang mengenal pasti semua pengundi berkenaan dan setakat ini sentimen pengundi dilihat positif dalam menyokong calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd. Yazid.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.