Thursday, June 9, 2016

PKR TAK TAHU MALU!!MERAIH POPULARITI KETIKA PILIHANRAYA KECIL

pilihanraya kini     9:30 AM    



Bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), didapati turut dipasang di kawasan Kuala Kangsar, sekalipun parti itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu.
Bendera berkenaan didapati dipasang di sekitar jalan raya di kampung Senggang, dekat sini sejak beberapa hari lepas.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Perak (SPR) Ahmad Adli Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah meminta parti terbabit menurunkan bendera mereka.
“Hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang bendera mereka,” katanya.
Beliau berkata SPR akan bertindak menurunkan bendera atau bahan-bahan kempen yang tidak berkenaan sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Tinjauan Bernama di kawasan terbabit 2 petang ini mendapat bendera PKR itu telah ditanggalkan.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.