Tuesday, June 14, 2016

Polis Perak siasat Rafizi

pilihanraya kini     12:41 PM    

Polis Perak membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan itu dibuka mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

"Kami akan memanggil Rafizi untuk mengambil keterangannya dalam tempoh terdekat.

"Walaupun dia kata bergurau, tetapi ini adalah satu ugutan," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan

Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Menurut laporan media sosial, Rafizi dalam satu ceramahnya di Kuala Kangsar pada Khamis lalu dipetik berkata 'mahu membaling bom atom' kepada perdana menteri.

Empat laporan polis turut dibuat beberapa penduduk Kuala Kangsar berhubung kenyataan Rafizi itu.

Mengenai perjalanan PRK itu, Abdul Rahim berkata pihaknya menerima 16 laporan berhubung salah laku pilihan raya dan membuka enam kertas siasatan pada PRK Kuala Kangsar sejak hari penamaan calon 5 Jun hingga semalam.

"Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin dan akan merujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim menasihatkan jentera parti yang bertanding supaya menjaga perlakuan masing-masing dan elakkan perkara yang boleh

mencetuskan provokasi termasuk mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Bagaimanapun, pilihan raya kecil ini adalah yang terbaik pernah saya lalui kerana tidak berlaku insiden yang besar sehingga mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam di sini," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. - Bernama

2 comments :

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.


KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.