Friday, June 17, 2016

PRK Kuala Kangsar: Kamilia sokong calon Amanah

pilihanraya kini     12:00 PM    





Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menyokong calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli yang bertanding dalam PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Sokongan itu dibuat semasa berucap dalam Deklarasi Rakyat yang diadakan di Pekan Manong, di sini.

Menurutnya, Ahmad Termizi yang juga anak jati Suak Petai merupakan calon berkelayakan dan dilihat mampu membantu masyarakat setempat sekiranya terpilih selaku ahli Parlimen.

"Pangkahlah Dr Termizi. Orang Suak Petai. Apa lagi nak, ada 'title' profesor, cakap pun hebat.

"Banyak benda nak buat ni. Buat rumah kos rendah, klinik dan kalau boleh bantu ibu-ibu yang amat mengharapkan bantuan dari sudut kesihatan. Sokong dan pangkah Amanah," katanya.

Beliau berkata, sokongan yang diberikan kepada Termizi merupakan satu jihad dalam melakukan transformasi ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.

"Ini satu jihad bukan hanya kepada umat Islam tetapi kepada semua rakyat Malaysia. semua kena sokong apa yang kita tentang. kita ada peluang untuk merubah kemungkaran dengan kuasa mengundi," katanya.

Katanya, sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Termizi turut menjadi faktor penyumbang beliau melakukan tindakan sama.

"Hormati kehadiran Tun yang datang sebagai panglima perang kita. Demi bangsa, agama dan negara saya datang untuk menyambut Tun," katanya.

1 comments :

Anonymous said...

Duduk rumah buat ibadat istifar banyak2. Umur dah lanjut allah bagi bonus. Dulu tak kawan mat sabu sekarang jilat dia.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.