Thursday, June 16, 2016

PRK Kuala Kangsar: Keliru Amanah Atau DAP Yang Bertanding?

pilihanraya kini     3:30 PM    




Rakyat di Kuala Kangsar yang juga selaku pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dikatakan telah keliru dalam membezakan parti pembangkang yang sepatutnya bertanding kali ini.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, rakyat Kuala Kangsar sendiri keliru mengenai bentuk penglibatan dua parti pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Pengundi di Kuala Kangar keliru sama ada yang bertanding di Kual kangsar ini adalah AMANAH atau DAP dan masyarakat bertanya pada saya mengenainya,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, sehingga ke saat ini, segala penyediakan jentera gerakan PRK Kuala Kangsar dikatakan telah dijalankan oleh pihak DAP.

“Orang Kuala Kangsar bertanya yang bertanding ini siapa? bertanding ini PAN ke DAP? mereka juga keliru,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengulas isu berhubung penggunaan Deklarasi Rakyat oleh pihak Amanah untuk memperoleh kemenagan dalam PRK kali ini sebagai satu permainan dan propaganda semata.

“Ia satu propaganda yang dimainkan kerana tiada cara lain mereka untuk mereka mengugat keyakinan, kecenderungan masyarakat untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

“Dengan membuat kenyataan begitu ia bertujuan untuk menimbulkan suasana panik kepada BN mereka ia ada baik dan buruknya…buruknya mereka akan memberi ruang kepada kita untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kita,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kenyataan sedemikian hanya bertujuan untuk mengalihkan perhatian sebenar daripada masalah yang sedang dihadapi parti Amanah sendiri.

“Saya juga dapat tahu daripada sumber mereka iaitu mereka juga menghadapi masalah dalam parti itu sendiri apabila masing-masing dikatakan orang Kuala tidak menyokong mereka.

“Mereka menggunakan ‘Psikologi Terbalik’ dengan menuduh bahawa UMNO dan BN khususnya menghadapi masalah dalam PRK kali ini,” katanya lanjut.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.