Tuesday, June 14, 2016

#PrkKualaKangsar : 3 sebab perlu pilih Datin Mastura!

pilihanraya kini     12:25 PM    

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan tiga faktor kenapa Datin Mastura Mohd Yazid perlu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Katanya, pertama, berdasarkan kajian terhadap penduduk semua kaum di Kuala Kangsar mendapati sebahagian besarnya mahukan Mastura untuk meneruskan tugasan belum selesai arwah suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Kedua, kita mahukan wakil rakyat yang boleh buat kerja, bukannya pemimpin yang suka hentam sana hentam sini tetapi kerja tidak buat,” katanya berucap pada majlis ramah mesra dengan masyarakat Cina di Dewan Chiau Hooi Beo, Talang semalam.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata faktor ketiga ialah Mastura memiliki ciri pemimpin yang baik dan sederhana serta boleh berjumpa semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Kita mahu pemimpin yang bila orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli panggil, dia akan datang, bukannya bila orang ini panggil dia datang, tapi bila ada orang lain panggil tidak mahu datang,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan tindakan pemimpin pembangkang yang sebelum ini meminta mereka mengundi PAS tetapi sekarang disuruh menolak parti itu dan mengundi pula Parti Amanah Negara.

“Akhirnya, rakyat yang jadi mangsa mereka ditolak ke sana ke sini,” katanya.

Sumber - Tv14

1 comments :

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.


© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.