Tuesday, June 14, 2016

#PRKKualaKangsar : 312 pengundi jalankan tanggungjawab awal

pilihanraya kini     12:22 PM    

Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, mula dibuka 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal itu.

"Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi. Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini.-

- BERNAMA

1 comments :

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.


© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.