Saturday, June 11, 2016

Pusat latihan sawit bakal dibina di Kuala Kangsar

pilihanraya kini     12:30 PM    


Sebuah pusat latihan sawit bakal dibina bagi memberi latihan kepada belia berkaitan industri sawit selain menjalankan kajian pembangunan dan penyelidikan berkaitan bahan komoditi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata pusat itu akan dibina di kawasan seluas 18 hektar di Manong, dekat sini. "Pembinaan pusat latihan ini sudah pun diluluskan kerajaan, ia akan dibina di Manong (di kawasan) yang berkeluasan 18 hektar," katanya selepas menyampaikan bantuan insentif kepada pekebun kecil pada program Hello Komoditi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, di sini, hari ini.

Beliau berkata pusat itu adalah antara hasrat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang ingin melihat pembangunan sawit di Kuala Kangsar berkembang maju, sebelum beliau meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu. Bagaimanapun, Nancy berkata perincian kos dan tarikh pelaksanaan pusat itu belum diputuskan lagi.

Nancy berkata, pembinaan itu adalah perancangan Allahyarham Khair-il Anuar ketika beliau menjadi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Program Hello Komoditi adalah platform agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi berkongsi pelbagai maklumat berkaitan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan pembangunan sektor komoditi negara. Agensi-agensi yang turut serta dalam program itu, antaranya MPOB, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersama pekebun kecil dan usahawan komoditi.

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.