Monday, June 13, 2016

Rakyat Kuala Kangsar Tidak Suka Kempen "GANAS"

pilihanraya kini     11:51 PM    



Tindakan pembangkang yang cuba mencetuskan provokasi dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, hanya akan mencetuskan suasana tidak harmoni dan kebimbangan semua pihak.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau percaya penduduk di Kuala Kangsar akan menolak kempen sedemikian.

"Saya percaya rakyat tidak suka dengan ceramah provokasi, saya percaya rakyat di sini tidak suka kepada ceramah yang cuba memberikan suasana yang tidak baik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ceramah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Kuala Kangsar pada Khamis lepas yang dipetik berkata 'mahu membaling bom atom' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zambry berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap kenyataan dan keseluruhan kandungan ucapan Rafizi itu.

Zambry berkata pihak pembangkang perlu sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga keharmonian dan ketenteraman di negara ini.

"Kita perlu berhati-hati supaya perkataan yang digunakan dalam ceramah tidak mencetuskan keresahan dengan istilah bom.

"Oleh kerana itu, setiap ceramah perlu dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak di luar batasan," katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu di SUNGAI BESAR, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menganggap tindakan pihak pembangkang menggunakan provokasi perkauman dalam kempen PRK Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar sebagai tindakan terdesak.

"Ini (isu perkauman) merupakan satu tindakan yang terdesak oleh pihak pembangkang untuk mendapat perhatian dan sokongan.

"Perpaduan kaum memang sudah menjadi platform Barisan Nasional sejak sekian lama, berbanding DAP yang menggunakan isu perkauman Cina, dan PAS yang menggunakan isu ekstremisme Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita sebelum majlis program sentuhan kasih Ramadan bersama anak yatim dan ibu tunggal di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak pembangkang kini cuba menarik perhatian dengan menuduh BN mengamalkan sikap perkauman.

Pada program itu, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyampaikan sumbangan kepada 46 anak yatim dan 50 orang ibu tunggal di Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Islam dan Miskin Daerah Sabak Bernam.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon calon BN Budiman Mohd Zohdi, calon Amanah Azhar Abdul Shukur dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

BERNAMA -- BERNAMA

2 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.