Monday, June 13, 2016

Rakyat Sungai Besar Mahu BN Dalam PRK Kali Ini

pilihanraya kini     11:09 PM    




Penduduk dan pengundi di Sungai Besar rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada mereka, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata maklum balas itu diterima hasil daripada kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO dan BN sepanjang berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

"Mereka (pengundi di Sungai Besar) berpuas hati dengan BN khususnya sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon. Harapan mereka supaya wakil BN yang baharu (Budiman Mohd Zohdi) akan membawa kesinambungan yang baik untuk mereka nanti," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program santai bersama usahawan wanita di Sekinchan, di sini Isnin.

Shahrizat dalam pada itu berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jentera JR di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepanjang tempoh berkempen yang berbaki empat hari lagi.

Beliau turut memuji kesungguhan jentera sayap parti itu membantu calon BN walaupun terpaksa berkempen dalam bulan puasa.

"Saya amat bangga dengan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh jentera JR Wanita UMNO dan BN walaupun berdepan dugaan terutama bulan puasa dan mereka buat secara sukarela sehingga ramai yang turun walaupun dari luar kawasan," katanya.

Shahrizat turut meminta pengundi di Parlimen Sungai Besar terutama pengundi wanita supaya terus memberi sokongan kepada BN kerana ternyata hanya parti itu yang mampu memastikan kestabilan dan kemajuan terhadap negara serta kawasan Parlimen itu.

"Sungai Besar maju kerana Anggota Parlimen daripada BN. Ramai penduduk sini berniaga dan ini mereka mampu jalankannya kerana kawasan ini di bawah BN. Kalau kita nak berniaga pun, ada produk yang cantik ada sistem yang baik, tetapi kalau negara atau kawasan kita tidak stabil ia takkan jadi," katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak diadakan berikutan kematian penyandangnya Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian diadakan serentak pada 18 Jun.

SUMBER -- BERNAMA

2 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.