Wednesday, June 15, 2016

Sokongan Cina Mampu Membuatkan BN Menang Di PRK Sungai Besar

pilihanraya kini     8:54 PM    




Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa percaya sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak yang lepas boleh berulang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau berkata masyarakat Cina menghargai usaha kerajaan sejak pilihan raya umum ke-13 lepas dalam memastikan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya tidak nampak kenapa masyarakat Cina tidak akan beri sokongan kepada BN.

"Saya ramalkan indikator di Sarawak akan berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, masyarakat Cina akan memberikan undi yang lebih besar (kepada BN) berbanding pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini.

Katanya BN menghormati keputusan dibuat pengundi khususnya masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum lepas, dan telah mengambil ikhtibar terhadap setiap perkara dibangkitkan mereka.

Annuar mengakui BN tidak sempurna dan proses memantapkan parti serta muhasabah diri masih berjalan dalam parti itu.

Bagaimanapun, beliau berkata BN melalui calonnya di Sungai Besar iaitu Budiman Mohd Zohdi dan Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid akan terus memberikan pembelaan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

"Kewujudan BN sejak dari awal lagi adalah untuk memberi pembelaan kepada pelbagai kaum...pada PRK ini, calon kita dapat berikan perhatian terhadap apa juga susah payah dan keluh kesah masyarakat Cina," katanya.

Justeru, beliau memohon pengundi kaum Cina dan India di kedua-dua kawasan Parlimen untuk terus menyokong BN bagi membolehkan parti itu membantu merealisasikan aspirasi mereka.

SUMBER -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.