Saturday, June 11, 2016

Timbalan Perdana Menteri Menyarankan Supaya Jagan Sentuh Isu Agama Dan Kaum Dalam Kempen PRK

pilihanraya kini     8:15 PM    




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti politik tidak menyentuh isu agama dan kaum dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi memelihara keharmonian masyarakat pelbagai bangsa di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin politik sendiri sepatutnya lebih bertanggungjawab dan beretika supaya isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum tidak dibangkitkan.

"Dalam pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, saya tahu ada pihak yang cuba memainkan isu sensitif dengan menaikkan papan iklan.

"Kita mahu kawan dari parti lain mematuhi etika kempen, ahli politik mesti menjaga keharmonian hidup beragama dalam masyarakat majmuk di negara ini, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni di bulan Ramadan dan majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Sungai Leman di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan calon BN bagi PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Ahmad Zahid berkata jentera BN telahpun diarah untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif semasa berkempen.

Menurutnya sembilan laporan polis telah dibuat pelbagai pihak melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen termasuk kes papan iklan bersifat provokatif dan pihak polis membuka lima kertas siasatan mengenai kes-kes itu.

Beliau turut mengingatkan parti-parti politik yang bertanding agar sentiasa menjaga kesucian bulan Ramadan dengan tidak berkempen secara keterlaluan.

"Ramadan bukan hanya menahan diri dari lapar tetapi menjaga lidah, penglihatan dan perbuatan," katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM250,000 untuk menaik taraf Masjid Nurul Falah.

SUMBER -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.