Saturday, June 11, 2016

Yb. Yang "Sempoi" Adalah Tarikan Budiman

pilihanraya kini     8:12 PM    




Perwatakan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang sederhana dan ramah dalam kempen mendekati pengundinya diyakini menjadi daya penarik kepada pengundi untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka yang baharu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kemenangan Budiman di kawasan ini pada 18 Jun nanti bakal menjadi langkah kecil kerajaan sedia ada dalam mengharungi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Hari ini saya lihat ramai yang datang dalam program ini menyatakan mereka suka perwatakan Budiman yang sederhana dan pembawaan sebagai calon berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ini.

"Insya-Allah 18 Jun ini kita akan dapat saksikan satu isyarat yang cukup besar oleh penduduk di sini untuk ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa parti ini inklusif membawa negara maju ke depan," katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata demikian selepas melancarkan Program Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Komuniti di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata hubungan kerja yang rapat dengan penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, dan kemahirannya mengenai selok-belok kawasan berkenaan juga merupakan satu bonus buat anak kelahiran Kampung Sungai Limau, Sungai Besar itu.

"Penduduk kawasan menyukai Budiman kerana beliau selalu berada di kawasannya dan berkhidmat kepada masyarakat termasuk bukan Melayu, jadi ini membuatkan beliau berpotensi agak besar untuk tarik sokongan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Budiman bakal ditentang calon PAS yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Amanah mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Noriah yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi dari lain-lain kaum.

SUMBER -- BERNAMA

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.