Monday, June 27, 2016

Zakat tegak keadilan sosial

pilihanraya kini     9:11 AM    



Konsep zakat mampu menegakkan prinsip keadilan sosial dalam ma­syarakat terutama merapatkan jurang perbezaan ketara antara golongan kaya dan miskin.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewajipan mengeluarkan zakat bagi orang Islam yang cukup syarat dapat membersihkan harta me­reka dengan membantu golo­ngan yang layak dan berhak menerimanya.

“Zakat yang merupakan salah satu Rukun Islam juga dapat membentuk keperibadian mulia supaya tidak terbawa-bawa de­ngan sikap sombong, takbur dan terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa asas agama, kesyu­kuran serta hubungan dengan manusia.

“Sebab itu pemberian dan sumbangan zakat sangat penting dalam masyarakat kita,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM1.72 juta kepada 6,264 golongan asnaf, ibu tunggal dan mereka yang layak dalam kawasan Parlimen ini di sini hari ini.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Rakyat, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., UDA Holdings Berhad, Roadcare (M) Sdn. Bhd., Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Affin Islamic Bank Berhad, SME Bank, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan dua ahli perniagaan iaitu Datin Mariamah Mohamed serta Datuk Abdul Rahman Sultan.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat ke­­pada penerima.

Yang turut hadir bagi mewakili penyumbang zakat ialah Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin; Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Mohd. Shafei Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang zakat kerana memilih untuk menyalurkan bantuan itu kepada golongan layak menerimanya di kawasan berke­naan.

“Selain sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada para penerima menje­lang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ia juga sesuatu yang sangat bermakna bagi pihak penyumbang dalam mereka melunaskan kewajipan,” ujar beliau.

Sementara itu, seorang warga emas, Abu Awang, 67, yang mewakili anaknya, Aishah, 34, menerima zakat tersebut mengucapkan terima kepada Perdana Menteri dan semua penyumbang atas bantuan berkenaan.

“Sejak kecil Aishah menghidap penyakit saraf dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, anak saya akan menerima sumbangan zakat ini. Pemberian zakat ini akan saya gunakan untuk membeli pakaiannya,” katanya.

Seorang penerima sumbangan, Zaleha Umar, 77, pula berkata, wang zakat itu akan digunakan untuk perbelanjaan hariannya dan membuat persiapan menjelang ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi.

2 comments :

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.




Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.