Tuesday, July 26, 2016

Anuar Cabar TRW Malukan JDT di Larkin

pilihanraya kini     9:29 AM    


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mencabar skuad The Red Warriors (TRW) agar menunjukkan kehebatan sebenar dan tidak sekadar menjadi jaguh kampung apabila menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yonus, Larkin, malam esok.

“Saya nak Kelantan jadi pasukan pertama mengalahkan JDT di Johor Baharu. Sebab kami dah biasa mengalahkah JDT di Kelantan. Itu tak sohor (cukup membanggakan).

"Jadi, saya nak minta pasukan (Kelantan) buktikan kepada saya mereka mampu kalahkan JDT di Johor pula. Kalau tidak jaguh kampung..lah,” katanya dalam sidang media pengumuman pembayaran gaji akhir pemain Kelantan di Hotel Perdana, minggu lepas.

Annuar juga mengingatkan pemain TRW supaya lebih fokus bagi mencapai sasaran yang ditetapkan KAFA, iaitu berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

“Untuk kekalkan empat terbaik, jangan ada pasukan di bawah atasi mata kita. Kelantan kena menang dalam setiap perlawanan untuk berada dalam empat pasukan terbaik itu,” katanya.

Perlawanan ke-15 Liga Super bagi kedua-dua pasukan ini dijangka menarik dengan JDT kebal di Larkin manakala TRW menunjukkan persembahan yang mantap dalam tiga perlawanan terakhir di bawah kendalian Velizar Popov.

Dalam pertemuan terdahulu saingan Liga Super musim ini di Kota Bharu, kedua-dua pasukan terikat 2-2.

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.