Tuesday, July 26, 2016

Langkah Kajang Tak Sama - PKR

pilihanraya kini     10:36 AM    



PKR hari ini menafikan bertindak sendirian dalam menyebabkan beberapa pilihan raya kecil (PRK) dulu, sebaliknya berkata ia mendapat persetujuan pimpinan Pakatan Rakyat ketika itu.

Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata pilihan raya kecil ditandingi parti itu seperti di Kajang, Penanti dan Permatang Pauh hanya melibatkan satu kerusi dan bukan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya DAP memanggil pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

“Ketiga-tiga contoh yang dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK yang melibatkan satu kerusi di mana penyandangnya adalah PKR dan implikasi serta-merta adalah kepada PKR sendiri,” kata Fahmi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dalam usaha mendapatkan sokongan sekutunya PKR dan Amanah mengadakan pilihan raya negeri, sebelum ini mendakwa PKR tidak berbincang dengan sekutunya sebelum memaksa pilihan raya kecil di Kajang, Penanti dan Permatang Pauh.

PRK DUN Kajang pada 2014 dikenali sebagai Langkah Kajang, merupakan usaha pimpinan PKR menggantikan menteri besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwa engkar dengan dasar parti.

PRK itu dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, walaupun beliau gagal dilantik menteri besar selepas tidak mendapat persetujuan istana.

Fahmi berkata rasional Langkah Kajang dijelaskan kepada DAP yang bersetuju menyokong usaha memperkukuh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PKR konsisten dalam mana-mana pakatan pembangkang, termasuk Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, gabungan tanpa PAS selepas berakhirnya Pakatan Rakyat tahun lalu.

“Kami sentiasa mengadakan perbincangan, mendengar, dan bertindak ke atas isu-isu yang dibangkit rakan-rakan pakatan, dan akan terus konsisten demi membina sebuah Malaysia yang lebih baik,” kata Fadzil.

Semalam, Guan Eng merayu PKR menyokong diadakan PRN.

“Saya rayu pemimpin PKR, bukan pemimpin di sini, tetapi yang lagi atas (pusat), buatlah keputusan bersama walaupun saya tahu mereka takut kurang kerusi,” katanya.

Cadangan itu dikatakan tidak dipersetujui pucuk pimpinan PKR, dan dikecam PAS dan beberapa pemimpin Umno sebagai usaha Guan Eng menyelamatkan karier politiknya menjelang perbicaraan dua tuduhan rasuah September ini.

FMT


2 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Zull Fikar said...
This comment has been removed by the author.
© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.