Tuesday, July 26, 2016

Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man Tidak Serik Pamer Kepincangan Diri

pilihanraya kini     10:03 AM    



Kadang-kadang, elok kita berdiam diri dari cuba menonjolkan diri, kerana kebodohan itu boleh sahaja dizahirkan tanpa sempadan, apatah lagi jika tidak benar-benar tidak punya pengetahuan tentang satu-satu perkara.

Tuan Ibrahim Tuan Man, masih tidak serik untuk tampil dengan kenyataan-kenyataan kurang bijak seperti ini. Cuba imbas kembali kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini, yang antara bersungguh mengatakan Pakatan Rakyat belum terkubur, sehinggalah tentang soal saman yang didakwa tidak dapat menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya.

Semuanya ” ke laut”, atau dalam bahasa pasarnya “lost in space”. Bukanlah hendak memperkecilkan beliau, tetapi sinar kebijaksaan itu memang tidak pernah terlihat padanya setakat ini.

Bukti apa yang Amerika ada berkenaan 1MDB, cuba tanya kepada Timbalan Presiden PAS itu. Boleh sahaja kita minta Tuan Ibrahim tunjukkan melalui dokumen-dokumen sah DOJ, di mana “bukti” tersebut.

Sementara menunggu bukti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, adalah lebih baik kita sama-sama tarbiyah beliau, bahawasanya DOJ sendiri mengakui bahawa apa yang sedang mereka usahakan adalah berdasarkan ADUAN, iaitu “complaint”.

Logiknya, Amerika juga mempunyai mahkamah, dan jika DOJ sah tarafnya sebagai penyebar risalah kebenaran, maka apa guna mahkamah di sana? Bukankah begitu? Fahamkah Tuan Ibrahim beza antara DOJ dan mahkamah?

Di dalam artikel tersebut, Tuan Ibrahim juga cuba mempelekehkan siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, Bank Negara, Peguam Negara dan pihak Polis oleh kerana “bukti yang dimiliki oleh Amerika”.

Baiklah, kita faham sentimen yang beliau cuba bangkitkan, namun kenapa tidak bersikap jujur dengan mempertikaikan sekali siasatan yang dijalankan oleh PAC? Apakah Tuan Ibrahim segan dan malu untuk mempertikaikan kenyataan rakan pembangkangnya Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berhubung siasatan ke atas 1MDB?

Mungkin, sekadar mungkin, Tuan Ibrahim berada di dalam status “kurang sihat” ketika membuat kenyataan berkenaan. Jika benar, maka jangan lupa untuk makan ubat.

Dan satu lagi, 1MDB telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat. Maka tidak wujud soal kerisauan tentang tindakan untuk merampas aset 1MBD. Apatah lagi “bukti”.

Hadamlah fakta ini wahai Tuan Ibrahim.

Penyokong pembangkang tidak boleh untuk terus menerima keberadaan Tuan Ibrahim dengan kenyataan-kenyataan begini kerana dikhuatiri penyokongnya juga terjangkit dengan penyakit “kurang cerdik”.

Mykmu


1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.