Monday, August 1, 2016

RESPON TERHADAP KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

pilihanraya kini     8:22 AM    



KENYATAAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN
31 Julai 2016

RESPON BALAS TERHADAP KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Tan Sri Muhyiddin Yassin & Tun Dr Mahathir Mohammad merupakan pemimpin tertinggi parti UMNO suatu ketika dahulu. Mereka lahir dan mencipta nama melalui UMNO.

Muhyiddin mendakwa UMNO sekarang seperti kereta buruk. Bila dibaiki rosak lagi, maka perlu ditukar kereta baru. Tak habis-habis lagi beliau mengeji parti yang telah banyak berjasa kepada dirinya ini.

Ini lah manusia yang gagal di dalam mendidik dan memimpin lalu menyatakan kesalahan terhadap parti yang memberikan kedudukan, jawatan, dan kemewahan yang diangkat oleh tiga juta ahli-ahli UMNO sebelum ini.

Muhyiddin perlu ingat bahawa beliau seorang anak kampung dan sudah berapa ramai anak-anak luar bandar yang telah menikmati hasil keringat perjuangan UMNO selama ini. Begitu juga nelayan dan petani yang terus dibantu tanpa henti. Termasuk juga anak-anak di dalam bandar yang tidak dilupakan untuk dibantu.

Manusia seperti Muhyiddin dan Tun Mahathir tidak akan hidup selesa dan disambut berbentangkan karpet merah sekiranya tidak mempunyai jawatan penting di dalam UMNO sebelum ini.

Bahkan seluruh keturunan beliau menikmati hasil daripada perjuangan UMNO. Barangkali mungkin sehingga tujuh keturunan tidak akan habis dibelanjakan hasil yang mereka miliki semasa berjawatan di dalam parti.

Sebagai anak muda dalam parti ini, saya ingin menasihatkan orang-orang seperti ini agar cuba belajar mengenang jasa-jasa UMNO. Apatah lagi ucapan ini kerap kita dengari dari mulut mereka semasa berada di atas pentas.

Sekiranya mahu bertanding melawan UMNO maka bertandinglah dengan sihat. Jika mahukan kemenangan, tunjukkan apa yang diperjuangkan dan apa yang hendak diberikan kepada rakyat Malaysia, bukanya berjuang dengan mencari kesalahan orang.

Kemenangan mencari kesalahan tanpa ada dasar perjuangan ibarat tin kosong. Menghasut orang membenci tanpa ada formula untuk mentadbir dengan baik adalah kegagalan diri sendiri. Kalau ada formula yang hebat dalam dasar urus tadbir Malaysia dengan lebih baik, bentangkan dan jangan hanya pandai menyalak dan menunding jari sahaja.

Saya ingin ingatkan kepada Muhyiddin dan sekutunya yang telah hidup mewah hasil dari memegang jawatan dalam UMNO suatu ketika dahulu, buat keputusan yang lebih matang atau sekurang-kurangnya cubalah ‘berlakon’ jadi bijak.

Satu jari menunding, empat jari lain menunding semula ke arah kamu.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan

1 comments :

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.